3 Jul 2014

Perilaku Seks Sesetengah Pemimpin Malaysia Kini Menular Sehingga ke Kedutaan Luar Negara???

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memburukkan imej Malaysia apabila berkata kerajaan cuba berselindung berhubung isu diplomat yang didakwa di New Zealand atas kesalahan mencabul kehormatan, kata Putrajaya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi jurucakap kerajaan Malaysia berkata, tindakan Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat politik peribadinya.
"Anwar turut berkata, Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejutkan' dan 'kemelut.'
"Anwar secara konsisten sering sengaja memburukkan reputasi Malaysia kepada media antarabangsa," kata kenyataan itu.
Kenyataan Putrajaya itu berkata, Anwar mengeluarkan kenyataan dalam temuramah bersama media New Zealand, stuff.co.nz, bercanggah dengan kerajaan New Zealand yang berterima kasih kepada Malaysia atas "integriti yang ditunjukkan ketika menangani kes ini".
New Zealand juga berkata, Malaysia bertindak "dengan sepenuh kepercayaan" dan "komited" untuk mendakwa pesalah kepada proses pendakwaan yang lebih teratur.
Kenyataan dikeluarkan Putrajaya itu turut mengambil contoh sikap Anwar yang turut memburukkan Malaysia berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke New Zealand dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).
"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya semalam.
Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar New Zaeland, Murray McCully.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Penulis cuma terfikir...Perangai siapa lah agaknya yang sedang ditiru oleh staff pertahanan tersebut sekiranya pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya adalah benar???



posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. si peliwat ni tak kira bulan ramadan ke atau tak sama saja , buat maksiat mulut.

    ReplyDelete
  2. sedap komen Nuar..orang lain buat dia nampak walaupun takde video macam yg dia punya...betul betul mata bionic Nuar ni..tapi dlm keretapi belakang pengantin baru tu saka sapa eh

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.