9 Jul 2014

Isu Gelandangan - Guan Eng Kantoi Menipu???

Rupa2nya hanya berlakon??? Sebelum ini Penang telahpun menjalankan pembersihan gelandangan???




Beberapa hari lepas.....Beliau dikatakan menangis pula terisak2.....di hadapan wartawan....

Begitu hebat sekali lakonan opera Cina yang dimainkan oleh Ketua menteri Pulau Pinang, lim Guan Eng. Berbekalkan wartawan-wartawan yang mengikutnya melawat individu-individu gelandagan, apa yang perlu dilakukan oleh beliau hanyalah mainan air mata agar portal Oriental Daily dapat memberikan publisiti murahan. Benarkan begitu prihatin sekali Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan isu gelandangan? 

Berita di atas adalah lawatan Lim Guan Eng, ke sebuah penempatan 'soup kitchen' yang dikenali sebagai 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road. Beliau beraksi menghidangkan makanan sambil menangis teresak-esak. Beliau juga mengumumkan akan menyalurkan RM20,000 duit Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse', yang dijalankan oleh organisasi Christian.

Kenapakah sebelum isu Ku Nan menjadi besar, kenapakah tiada berita, gambar dan sebagainya yang menunjukkan Ketua Menteri melawat individu-individu gelandangan, pengusaha 'soup kichen' dan menangis teresak-esak ketika itu? Mengapakah sekarang baru berlumba-lumba menunjukkan prihatin setelah Ku Nan membawa isu ini. Berlumba-lumba nampaknya pemimpin DAP hendak mendapat publisiti murahan.

Disebalik lakonan ini, ramai yang sudah terlupa, tahun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mengumumkan TIADA LAGI MISKIN TEGAR DI PULAU PINANG. Sila baca Buletin Mutiara, portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di sini. Gambar di atas termasuk beritanya apa pula. Wayang Cina apakah yang cuba dimainkan oleh Lim Guan Eng?

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/07/isu-gelandangan-tiba-tiba-cmlimguaneng.html#EZD1BU9XExrO8zyp.99


Sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.