28 Jul 2014

Gara2 Lantik Azizah MB Selangor, Anwar Bakal Ke Penjara Tanpa Simpati???



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan menteri besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini.

"Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/isu-mb-selangor-nik-aziz-pertahankan-hadi-awang-40746?cp


Komen Isac;

Nampaknya apabila TG Nik sendiri yang selama ini dilihat kuat menyokong segala tindak-tanduk Anwar pun kini sudah X lagi menyokongnya....Segala harapan hanya tinggak kepada DAP....

Adakah TG Nik Aziz pun sudah buka mata dan tersedar dengan segala penipuan yang Anwar telah lakukan?

Adakah retak menanti belah?

Adakah umat Islam akan kembali bersatu???
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. mudah mudahan umat Islam Malaysia bersatu...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti Pas bergolak... antara Pas ASWAJ vs Pas Syiah + Pas Liberal.. Tolong SOS ... Pas ASWAJ kesaorangan dengan sedikit ahli yg faham...dgn kepura puraan Syiah dan Liberal selama ini...

      Delete
  2. TG Nik Aziz telah menjadi MB selama 20 tahun++.Hanya orang yg pernah jadi MB tahu situasi seorang MB.

    ReplyDelete
  3. Ya, hanya MB makan gaji buta tahu situasi bakal MB bakal makan gaji buta.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.