6 Jul 2014

Cabar Menteri Bukan Melayu Letak Jawatan - Tindakan Tersusun Guan Eng Singkirkan Melayu/Bumiputera???

Kenyataan Lim Guan Eng dalam Malaysian Insider dilihat seolah-olah cuba menghasut menteri2 bukan Melayu di dalam kabinet untuk “menentang” Tan Sri Muhyidin Yassin yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, mengatakan beliau tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 boleh berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara. 

Satu kenyataan, namun DAP dilihat cuba memberikan tekanan kepada orang Melayu daripada menyuarakan hakikat kebenaran ini agar ianya tidak menggugat usaha mereka meminggirkan Melayu/Bumiputera dengan alasan hak kesamarataan, merit, transparensi dll.

Rakyat jangan sesekali tertipu dengan isu kesamarataan yang cuba dituntut oleh DAP. Sesungguhnya kesamarataan merupakan satu penganiayaan kejam terhadap orang Melayu. Malaysia yang asalnya milik mutlak orang Melayu di mana orang Cina dan orang India dibawa ke Tanah Melayu untuk melombong bijih timah dan menoreh getah cuba menghilangkan hak Ketuanan Melayu sebagai usaha merampas hak secara mutlak dari Tuan Tanah yang bermurah hati berkongsi bumi Allah ini dengan bangsa Cina dan India.

Apabila DAP cuba merampas hakmilik dengan tidak menghormati hak Ketuanan Melayu secara terang dan nyata dengan mempergunakan “anak Melayu yang lupa diri” seperti Dyana Sofya dan Rara maka ianya dengan rakus akan mencetuskan ketidakpuas hatian yang tinggi dalam diri orang Melayu.

Berserta dengan asakan yang berterusan dari DAP dan kesombongan dan keangkuhan melampau mereka dengan kuasa ekonomi yang cukup besar dalam genggaman bangsa Cina maka dengan mudah tragedi 13 Mei 1969 berkemungkinan akan berulang semula.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Sesuatu yang ironi apabila DAP sendiri tidak dapat memberikan contoh yang baik dalam pemilihan kepimpinan parti mereka dengan pemimpin2 Melayu tidak seorangpun berjaya terpilih dalam jawatankuasa CEC mereka secara undian di mana  ianya juga  telah dibuat dengan cara yang amat meragukan dengan penyokong2 pemimpin2 yang tidak sehaluan telah dihalang untuk mengundi malah pemilihan parti sekutu kuat mereka (PKR) juga sentiasa kecoh dengan pergaduhan dan pertelagahan.

Sekiranya DAP ikhlas untuk memberikan hak kesamerataan, mereka perlulah berjuang untuk memberikan orang2 Melayu/Bumiputera peluang menjawat jawatan2 tinggi2 dalam syarikat2 milikan bukan Melayu/Bumiputera dan tidak menggunakan alasan tidak boleh berbahasa Mandrin sebagai kriteria untuk memencilkan orang2 Melayu/Bumiputera.

Mereka juga sewajarnya tidak menggunakan alasan ketidakmampuan orang Melayu untuk membeli rumah di Pulau Pinang sebagai suatu usaha terancang untuk menghalau mereka meninggalkan Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Malaysia sangat malang kerana mempunyai pembangkang yang tidak berkualiti dan tidak memainkan peranan 'check and balance' dalam erti kata sebenar , lebih minat dengan cara anuar peliwat iaitu mengunakan apa saja cara walaupun merugikan rakyat dan negara asal boleh dapat kuasa . walaupun melacurkan agama maupun mengadaikan marwah bangsa .

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.