4 Jun 2014

Gempar!!! Isu Cadbury, Subsidi Petrol Untuk Gaji 5 Ribu ke Bawah, Cubaan Bangkitkan Kemarahan Rakyaat???

Sejak semalam.....(Malam tadi)....Isu ini heboh dimainkan media2 sosial.... 

Ianya telah mengundang kemarahan rakyaat....

Yang peliknya sejak kebelakangan ini ada sahaja "maklumat bocor" yang hanya memetik,  "Pendedahan eksklusif akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaporkan ‎sistem itu dijangkakan bermula pada September ini bagi kenderaan komersil manakala Oktober dan November bagi kenderaan persendirian". 

Malah isu cokelat Cadbury mengandungi DNA babi juga dikatakan telah dibocorkan oleh "orang dalam" daripada makmal milik KKM. Anehnya sampel yang diperolehi bukan diambil dari kilang dan berkemungkinan adalah sampel tercemar yang terdedah kepada perbuatan khianat dan sbotaj.  Malah KKM juga sewajarnya tidak membelakangkan JAKIM sebagai badan yang bertanggung-jawab di dalam pemberian sijil "HALAL". Sewajarnya mereka melakukan ujian kedua untuk sempel yang sama, malah sepatutnya mendapatkan sampel lain terus dari kilang untuk tujuan perbandingan. Dalam kes pegujian penggunaan dadah, sampel air kencing akan diambil terus dari suspek dan pengujian semula akan dilakukan terhadap sampel yang sama yang yang biasanya akan disimpan sebagai sampel B.

Melihatkan kepada satu demi satu pendedahan yang meragukan, yang seolah-olah sengaja bertujuan untuk membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap kerajaan yang memerintah penulis tertanya2 adakah sememangnya benar ada pegawai2 kerajaan yang mahu mensabotaj kerajaan ataupun ada gerakan tersusun ala "Mossad" yang melakukannya???

Apa tidaknya, seorang pemimpin Pakatan Rakyaat  pernah berikrar akan menjatuhkan kerajaan BN sebaik sahaja DSAI dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat pembantunya.

Anda masih mahu menyalahkan kerajaan dan tidak langsung terlintas mengapa seperti terlalu banyak "insiden kebetulan" yang berlaku tanpa ada seseorang yang merancangnya???

Sumber klik sini.

4 comments:

  1. Saya pembayar cukai..maximum 26%, tak layak dpt brim, tak layak dpt pinjaman mara utk pendidikan anak2, ptptn tak pernah apply utk 2 anak yg belajar di kolej sbb kalu dpt pun jauh dari mencukupi. Salahkah saya berpendapatan lebih sikit hingga didenda begini...kerajaan ni nak jadi kerajaan robin hood ke...lepas ni tak payah sekolah tinggi tak payah susah nak kerja gaji besar...end of the day pendapatan yg sedikit lebih ini kerajaan ambil utk bagi pada yg lain....

    ReplyDelete
  2. Bro.. Gaji 5 ribu ke atas masih x cukup kah bro.. Ada org anak2 x ke 'sekolah' (bukan kolej atau universiti 'tapi' sekolah rendah & menengah) sebab x ada duit.. Kalau ikut Br1m dengan gaji mencecah 5 ribu.. macam 9% jer dari gaji sebulan bro.. Ada org gaji rm800.. Kalau kumpul 6 bulan baru boleh disamakan dgn gaji org RM5 ribu sebulan.. Ada org nk makan pun susah.. nk beli kereta apalagi..

    ReplyDelete
  3. Kalau tk mahu rakyat marah jangan jalankan polisi bangang ni. Kau pemimpin tak apala..tol pun free.penginapan free,, belanja masuk jamban pun free....

    ReplyDelete
  4. tindakan mensabotaj kerajaan akan berlaku dan xheran berlaku sbb d kalangan kakitangan kerajaan kebanyakkan adalah puak depa...yg akan berbuat apa saje untuk trus memburukkan kerajaan dengan apa cara sekalipun...tp kerajaa yang ada baik sgt...semua akan berlarutan...dan akan lebih parah lagi...sbb d mn2 org depa...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.