29 Jun 2014

Isu Air Selangor, Bukan Khalid Sahaja Yang Perlu Letak Jawatan???


Dahulu....Seluruh jentera dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyaat menunding jari terhadap UMNO/BN yang kononnya menjadi dalang dalam isu air di Selangor.....Walaupun umum tahu....ianya adalah disebabkan kedegilan Kerajaan Negeri untuk menyelesakan isu Loji Air Langat 2.

Kononnya ianya bukan isu salah-urus, salah-tadbir dan bukan kerana kelemahan mereka....Sebaliknya semua salah UMNO...yang dilabel sengaja menjadi "mastermine"  kepada isu tersebut....

Tetapi kini apabila mereka mahu "memecat" Khalid Ibrahim.....Mereka khususnya DAP meletakan kesemua kesalahan tersebut di bahu Khalid Ibrahim seorang....

Mereka terlupa bahawa kegagalan Kerajaan Negeri Selangor mentadbir isu air sebenarnya juga disumbangkan oleh DAP kerana ianya merupakan salah sebuah anggota kerajaan gabungan yang segala keputusan dibuat secara kolektif dan bukannya hanya mengambil "kredit" apabila berjaya dan sebaliknya menyalahkan Khalid seorang apabila tindakan dan pentadbiran mereka ternyata gagal!!!

27 Jun 2014

"Blackout" Pengiraan Kertas Undi Pemilihan Cabang Kuala Selangor - Angkara SPR???


PR memang kuat menipu....

Sebaik kalah PRU 13, mereka memfitnah SPR dan BN kononnya melakukan "blackout" untuk "menukar" tong2 undi... Perkara yang sebenarnya tidak pernah berlaku...Sedangkan semua maklum setiap pengundian disaksikan oleh wakil parti2 yang bertanding....Jadi penukaran tong2 undi/kertas undi sememangnya tidak mungkin boleh berlaku.

Kini "senjata" mereka sendiri ditangkap menggunakan taktik "blackout menukar" undi....demi untuk mengalahkan Khalid Ibrahim, MB Selangor yang dilihat "pro" Kerajaan Pusat.

Ironinya jika selama ini SPR akan dipersalahkan......dituduh berat sebelah, menyeleweng, menukar kertas undi dll.....dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR, SPR tidak terlibat......

Masihkah rakyaat mahu percayakan pembohongan2 yang dibawakan oleh PKR terutamanya Anwar?


25 Jun 2014

Gerakan Murtadkan Melayu Dihalang di Kelantan - Bagaimana Dengan Selangor???


Ingat lagi serbuan JAIS ke sebuah gereja di Selangor??? 

Di mana telah didapati beberapa orang Melayu/Islam turut menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak gereja.....

Hilang kisah penguatkuasaan mahu dilakukan oleh JAIS...sebaliknya drama tersebut berakhir dengan "pemecatan" Exco Agama nya.....

23 Jun 2014

Usaha Pakatan Rakyaat Singkirkan Khalid Ibrahim - Sukar???


Walaupun PKR dan DAP berusaha keras menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun usaha itu menemui kesukaran kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membela calon Timbalan Presiden PKR itu kekal sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, lapor The Malaysian Insider.

Memetik sumber PKR yang tidak dinamakan, portal itu melaporkan walaupun beberapa pemimpin PAS membuat desakan yang bertentangan, namun Presidennya, Abdul Hadi didakwa masih kukuh pendiriannya mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.

Itu "senjata rahasia" Khalid.....

"Hubungan baik" Khalid dengan Kerajaan Pusat juga perlu di ambil-kira....

Mungkin itulah juga yang membuatkan beberapa pemimpin tinggi PR mencemburuinya....

Sumber klik sini.

22 Jun 2014

Semoga Allah s.w.t. Selamatkan Malaysia Daripada Kesamsengan PKR!!!





Ini cuma satu contoh....

Apa lah akan berlaku kepada SPR jika PR berkuasa....

Pemilihan pucuk pimpinan parti aje pun borang undi dah diseludup sehingga ke bilik hotel....

Pastinya SPR akan mereka perkuda jika mereka memegang tampuk pemerintahan negara....

Sumber klik sini.

20 Jun 2014

Empat Jahanam - Tikam Belakang Pesuruhjaya Pas Selangor???


Sumber klik sini.



Foto: Sekadar Hiasan.



"Simpati kepada Perjuangan oleh pihak Gereja" bukti bukan semua pemimpin2 Pas mahukan Islam....

19 Jun 2014

Pas Perjuangkan Hudud Tetapi Tidak Melindungi Islam???


Akidah umat Islam di Malaysia dilindungi oleh perlembagaan negara....Perlembagaan yang suatu masa dahulu dilebelkan tidak Islamik oleh Pas....

Tetapi Pas sebuah parti politik yang kononnya mahu memertabatkan Hudud dilihat seolah2 mahu membenarkan dakyah Kristian disebarkan ke atas umat Islam tanpa sekatan???

Samada disedari atau tidak mereka sebenarnya sedang bersengkokol dengan gerakan murtadkan Melayu/Islam???

18 Jun 2014

Pas Resmi Jamban???



Itu aja ke yang Pas mampu buat?
posted from Bloggeroid

17 Jun 2014

Gempar!!! Bukti UMNO "Jual" Tanah Rezab Melayu???



Selama ini PR kononnya mahu menyalahkan Umno di atas pengurangan tanah Rezab Melayu....

Jadi yang berlaku di Selangor ni pula angkara siapa???

Sumber klik sini.

16 Jun 2014

Lagi Tekanan Buat Peniaga2 Gerai di Pulau Pinang???



Tahniah buat peniaga2 gerai di Penang. Kadar sewaan gerai mpsp akan dinaikkan.

Kebanyakan pemilik org yg tak mampu. kadar peletakan kerusi kerusi akan dinaikkan rm 20 kpd rm 50. lebih 150% kenaikan. syabas Guan Eng!!!

Tindakan yang seolah2....."menghalau" orang2 miskin keluar dari Penang???

posted from Bloggeroid

15 Jun 2014

Gempar!!! DAP Dera Anak Melayu???


Anak siapa lah ni....Apa punya bapak da....

Suruh anak dia naikkan parti yang anti Melayu dan anti Islam???

Jika benar DAP tak anti Melayu dan Islam, mereka wajar kembalikan anak2 Melayu/islam Penang yang telah berhijrah keluar Penang....

12 Jun 2014

Larangan Guna Lambang Islam Pada Product, Bagaimana Dengan Parti?




Begitu mudah umat Islam diperdaya...

Sebab itulah JAKIM perlu mempertingkatkan penguatkuasaan dan pemeriksaan. Jika tidak bukan sahaja umat Islam di Malaysia akan terinyaya malah seluruh dunia umumnya. Ini kerana Malaysia yg merupakan hub makanan halal terbesar dunia perlu bertanggung-jawab.

Jangan kita hanya mengejar eksport tetapi tidak menjaga kehalalan produk yang dihasilkan.

Cuma penulis tertanya2 sejauh manakah Islamnya sebuah parti politik di Mlausia yang membawa perkataan "Islam" pada nama parti mereka.

Yang tu boleh ke?

posted from Bloggeroid

11 Jun 2014

Jais Ganggu Majlis Perkahwinan Wanita Islam Dgn Lelaki Hindu, Malaysiakini Salahkan Malaysia Insider???

Sumber klhttp://www.mykmu.net/?p=44111



Apa motif Malaysiakini dan Malaysian Insider salah lapor berita tersebut???

Sengaja mahu membangkitkan kemarahan bukan Islam terhada Jais khasnya dan umat Islam/orang Melayu khususnya?

Supaya bukan Melayu X akan mengundi Umno dalam PRU 14 nanti???

Begitu licik permainan mereka.....


posted from Bloggeroid

10 Jun 2014

Anak Babak Bersumpah Untuk Tolak Hudud di Selangor - Apa Komen Pas???


(Malay Mail Online) – The DAP said today it will thwart any attempt by Selangor Barisan Nasional’s (BN) to push for hudud in the country’s most-industrialised state.

The Pakatan Rakyat (PR) component party’s state deputy chairman Gobind Singh Deo said the party will remain steadfast in its stand that the Islamic penal code is “unconstitutional”.

“The position applies with equal, if not more, force to state enactments as criminal laws can only be passed by Parliament and not by any state assembly,” he said in a statement here.

“We reiterate this and say again that we in the DAP will firmly oppose any move to introduce hudud in Selangor.”

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Bapaknya dulupun....Mencabar Pas supaya langkah mayatnya dahulu sebelum Hudud boleh dilaksanakan....

Kini giliran anaknya pula.

Majlis Peguam Tetap Sokong Malaysiakini Walaupun Terbukti Memfitnah???



Majlis Peguam memang Pro Pakatan Rakyaat rupanya......

Jestru....Segalanya halal waima memfitnah sekali pun???


posted from Bloggeroid

9 Jun 2014

Senarai 10 Lelaki Terkaya di Malaysia - Apa Lagi DAP Mahu???



Penulis bukan mahu bersifat perkauman....

DAP selalu....berkempen....menghentam kekayaan Syed Mokhtar.....

Kononnya kerajaan BN/Umno mengamalkan kronime...nepotisme...monopoli dll....untuk mengkayakan Syed Mokhtar....

Kalau dilihatkan kepada senarai di atas.... Mengapa nak "sabotaj" dan "dengki" kepada beliau.... Majoriti lelaki terkaya di Malaysia....adalah orang berketurunan Cina walaupun penduduk asal negara ini adalah orang Melayu/Bumiputera....

DAP lupa.....Syarikat2 Syed Mokhtar bukan sahaja menggaji pegawai2 tinggi berbangsa Melayu/Bumiputera....Malah orang berketurunan Cina dan India pun ramai yg berkerja dengan rangkaian syarikat Syed Mokhtar ..... Berbanding banyak syarikat2 milik orang2 berketurunan Cina yang mengetatkan pengambilan pegawai2 berketurunan Melayu/Bumiputera secara halus dengan mensyaratkan keupayaan berbahasa Mandrin sebagai kriteria salah-satu dari ciri utama.




7 Jun 2014

DAP PENGECUT??? Kit Siang Perlu Mengadap Nik Aziz???



Sumber refer http://m.utusan.com.my/Politik/20140607/po_01/Nik-Abdul-Aziz-tunggu-penjelasan-Kit-Siang

Dulu DAP selalu menuduh MCA, MIC dan Gerakan selalu kena "tunduk" kepada UMNO dalam banyak hal.... Dan ini telah menyebabkan MCA dan Gerakan kehilangan undi masyarakat Cina.

Bila Kit Siang perlu mengadap Datuk Nik Aziz, gara2 kerana ada pemimpin DAP yang menyalahkan Pas yang menyebabkan kekalahan Dyana di PRK Teluk Intan yang lalu, apa bezanya DAP dengan MCA Dan Gerakan???
posted from Bloggeroid

6 Jun 2014

Kekalahan DAP di Teluk Intan Bukti Penyokong2 DAP Tolak Wakil Melayu - Datuk Amar.


Dalam kata lain samada mahu diakui ataupun tidak, ini adalah suatu bukti bahawa DAP sememangnya mengamalkan politik perkauman.

Secara tidak langsung, walaupun pemilihan Dyana sebagai calon DAP di kawasan mojoriti Cina adalah percubaan DAP untuk "menunjukkan" diri mereka kononnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan prinsip perkauman. Tetapi disebabkan gaya kempen mereka sejak dahulu lagi yang melakukan hasutan terhadap orang2 Cina/India supaya membenci institusi yg bertunjangkan Melayu seperti jabatan2 kerajaan, GLC, MARA, UITM, Rejimen Askar Melayu Diraja, PDRM, Institusi Raja2 Melayu, syarikat2 swasta milik orang Melayu seperti kumpulan Syed Mokhtar dan Mokhzani DLL, "make up" saat akhir yang cuba mereka lakukan di Teluk Intan ternyata tidak menjadi.

Siapakah yang mahu disalahkan apabila hasil tarbiah mereka selama lebih 50 tahun telah menunjukkan rupa DAP yang sebenar???

Sumber klik sini.


posted from Bloggeroid

5 Jun 2014

Ucapan Tun M Tolak Hudud Akibatnya UIA Teruk Dilanda Banjir???



Itulah antara komen yg dapat penulis dari sebuah Whatapps Group semalam. Nasib bail X viral......

Berikut kenyataan yg penulis kutip,

"Tun Mahathir berucap di UIA pagi tadi. Dia kata hukum hudud x adil sebab hanya oghe Islam yg kena potong tangan, org kafir kena penjara jah. . Ambo x pehe UIA tempat menuntut ilmu islam boleh jemput oghe x dok ilmu islam berucap gitu skali.. Yang rangka undang2 hudud allahyarham Prof Ahmad Ibrahim pakar undang2 pensyarah uia..Petang ni tenggelam habis UIA.."

Tapi kenyataan sebenar Tun M yang sebenarnya adalah seperti berikut;





Nasihat penulis kepada kengkawan di luar sana.....lain kali kalau X pasti akan sesuatu berita tu janganlah disebarkan.....

Jangan terlibat dalam mengedarkan fitnah!!!!

Sedih bukan??? Dalam keghairahan kononnya sesetengah dari kita mahu menegakkan hukum Allah s.w.t. tetapi tanpa disedari kita sebenarnya telah terlibat di dalam menyebarkan fitnah....

Lebih buruk....Memfitnah orang yang sebenarnya membuat kebajikan.....

Waliyazubillah......

posted from Bloggeroid

4 Jun 2014

Gempar!!! Isu Cadbury, Subsidi Petrol Untuk Gaji 5 Ribu ke Bawah, Cubaan Bangkitkan Kemarahan Rakyaat???

Sejak semalam.....(Malam tadi)....Isu ini heboh dimainkan media2 sosial.... 

Ianya telah mengundang kemarahan rakyaat....

Yang peliknya sejak kebelakangan ini ada sahaja "maklumat bocor" yang hanya memetik,  "Pendedahan eksklusif akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaporkan ‎sistem itu dijangkakan bermula pada September ini bagi kenderaan komersil manakala Oktober dan November bagi kenderaan persendirian". 

Malah isu cokelat Cadbury mengandungi DNA babi juga dikatakan telah dibocorkan oleh "orang dalam" daripada makmal milik KKM. Anehnya sampel yang diperolehi bukan diambil dari kilang dan berkemungkinan adalah sampel tercemar yang terdedah kepada perbuatan khianat dan sbotaj.  Malah KKM juga sewajarnya tidak membelakangkan JAKIM sebagai badan yang bertanggung-jawab di dalam pemberian sijil "HALAL". Sewajarnya mereka melakukan ujian kedua untuk sempel yang sama, malah sepatutnya mendapatkan sampel lain terus dari kilang untuk tujuan perbandingan. Dalam kes pegujian penggunaan dadah, sampel air kencing akan diambil terus dari suspek dan pengujian semula akan dilakukan terhadap sampel yang sama yang yang biasanya akan disimpan sebagai sampel B.

Melihatkan kepada satu demi satu pendedahan yang meragukan, yang seolah-olah sengaja bertujuan untuk membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap kerajaan yang memerintah penulis tertanya2 adakah sememangnya benar ada pegawai2 kerajaan yang mahu mensabotaj kerajaan ataupun ada gerakan tersusun ala "Mossad" yang melakukannya???

Apa tidaknya, seorang pemimpin Pakatan Rakyaat  pernah berikrar akan menjatuhkan kerajaan BN sebaik sahaja DSAI dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat pembantunya.

Anda masih mahu menyalahkan kerajaan dan tidak langsung terlintas mengapa seperti terlalu banyak "insiden kebetulan" yang berlaku tanpa ada seseorang yang merancangnya???

Sumber klik sini.

1 Jun 2014

Nga Kena Badi Panda!!! Kungfu Panda X Menjadi???





Tu lah asyik nak kutuk "Panda".....

Nak flying kick risalah BN dah X menjadi, sebaliknya Nga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital...

Muka bulat pun dah macam Panda.....

posted from Bloggeroid

Pengundi2 Teluk Intan Tolak Calon Pemimpin "Biskut"???





Tentunya pengundi2 menolak pemimpin yg mcm biskut sekejap ada dan sekejap hilang.

Macam LKS, MP Gelang Patah yg cuma berada di sana ketika hari mengundi.....

Pengundi2 pasti bimbang sebagai mentor Dyana pastinya tabiaat buruknya akan diwarisi sekali.....

posted from Bloggeroid