23 Apr 2014

Rentetan Peristiwa Yang Bakal Membawa Penjajahan ke Atas Malaysia???

PELABUHAN KLANG - Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa. Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini. 

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang. 

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Pencerobohan Lahad Datu, Kehilangan pesawat MH370, Penculikan pelancong2 di Tawau Sabah....

Terbaru rompakan lanun dan penculikan anak2 kapal di Selat Melaka berdekatan Pulau Ketam.

Adakah ini semuanya hanya kebetulan???

Mengapa selepas mengisi muatan diesel di pelabuhan Singapura....Selepas hampir 400km baru kena rompak???

Lanun2 bersarang di perairan Malaysia???  Dekat dengan pelabuhan Klang???

West Port, North Port dan South Port???

Tidak selamat kah perairan Malaysia???

7-8 jam memunggah diesel yang dirompak tapi pihak berkuasa Malaysia tidak sedar???

Mana APMM??? Mana polis marin??? Mana Navy???

Ataupun sebenarnya ada gerakan tersusun yang mahu menunjukkan kelemahan Malaysia di mata dunia agar "mereka" boleh mengambil-alih dan seterusnya menguasai Selat Melaka atas alasan keselamatan kapal2 dagang???

Nampak gayanya....

Sedikit kita alpa, Malaysia bakal dijajah semula.....

4 comments:

  1. Assalam,

    Pada pandangan saya yang tak berapa nak cerdik ni...apa yang terjadi adalah bukan kebetulan...ada sesuatu yang sedang diatur...cuma kita saja masih terleka...

    ReplyDelete
  2. Kita sudah dijajah pun. Tian Chua terang2an bagi tahu Najib akan bertahan 5 bulan je......TAK FAHAM KE???

    ReplyDelete
  3. masaalahnya kt org politik gak...kalau nak beli alatan perang dan senjata yg canggih byk je halangan lebih2 pehak pembangkang..bazir duit lah..x bermenafaat lah..dicanang kat rakyat..rakyat yg bodoh pon mengyia aje,pembaziran..ia akibat kurang nye aset untuk digerakkan...berbanding di negara2 lain bila kerajaannya nak beli aset ketenteraan rakyatnya bangga tidak seperti di malaysia ade sebahagian rakyat tak suka kalu kerajaan membeli aset ketenteraan..ini lah kelemahan yg ketara...

    ReplyDelete
  4. Depa tak suka sbb bukan depa yang beli. Kalau depa yg beli dan punya kawalan keatasnya dah tentu benda yang negara lain tak ada pun depa beli. Putar alam saja.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.