14 Apr 2014

Politik Sempit Akibatkan Pakcik Melayu Tolak Azan???

Sumber klik http://terengganutoday.com/berita-utama/lelaki-buat-laporan-polis-pasal-azan-rupa-rupanya-ahli-pas



Dipercayai pengadu yang membuat aduan gangguan oleh seruan azan dan bacaan Tahrim Subuh ini katanya kurang berpuas hati kerana jawatankuasa surau tersebut "dikuasai" oleh orang2 UMNO.

Apa pun bagi penulis pakcik kurang waras....Kerana jika dia waras....X kira waima dia dari parti DAP sekalipun beliau X akan bertindak sedemikian.

Inilah bahana politik sempit yg sanggup bertindak sedemukian rupa.

Penulis berharap agar pemimpin2 Pas dapat renungkan perkara ini. Sudah2 lah....politik yang melampau2....

Masa untuk amalkan ajaran Islam yang sebenar...

Islam adalah bersaudara....
posted from Bloggeroid

8 comments:

  1. >> Penulis berharap agar pemimpin2 Pas dapat renungkan perkara ini. Sudah2 lah....politik yang melampau2....

    Masa untuk amalkan ajaran Islam yang sebenar...<<

    Wahai penulis, ajaran Islam yang sedang diamalkan oleh puak PAS ini tentu dan pasti ajaran Islam yang sebenar. Itu yang mereka yakin dan percaya. Kamu ragu ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

    Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

    Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

    Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

    Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

    Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

    Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

    Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

    Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
    saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

    Wassalam.

    ~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Tuan yang budiman, sebagai kariah yang istiqamah adalah lebih mudah Pakcik ni komplen kat Tok Imam ataupun jawatankuasa masjid....

      Jumlah speaker yang terlalu berdekatan dengan rumah pastinya boleh dialihkan.

      2) Dalam report polis, pakcik ni komplen bukan sahaja bacaan taharim, malah laungan azan sekali, kenapa jadi macam tu???

      Delete
  3. Kalau benar ini menunjukkan sama ada dia kurang siuman atau menganut agama pas.

    ReplyDelete
  4. byknya artikel memfitnah pakcik ni tersebar ke merata-rata blog.berapa byk la agaknya saham yang start fitnah ni ye.nauzubillah.selagi dia masih hidup pegi la minta maaf cepat.tarik balik artikel ni atau cover balik.ambil la iktibar len kali pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih di atas nasihat. Tapi tuan dah baca ke laporan polis yang sudah dibuat?

      Dah macam laporan yang dibuat oleh anggota2 DAP Selangor, sedikit masa dulu.

      Delete
    2. Aku rasa cukuplah setakat ini kita berbahas dalam tajuk ni. Tak payah nak mengungkit atau menempelak sesiapa. Tak akan dapat situasi menang-menang jika semua pihak mengorek habis semua kesalahan dan kesilapan lawan.

      Cukuplah setakat sedar dan insaf, jadikan pedoman buat diri sendiri, belajar memilih penyelesaian yang terbaik untuk apa jua masalah. Ingat kita bukan berseorangan dalam dunia ni.

      Delete
  5. Terima kasih kepada Anon 14 April 2014 22:24 yang memberi pemcerahan.

    Cerita ini boleh juga dibaca di
    http://hatikacau.blogspot.com/2014/04/punca-sebenar-laporan-polis-azan.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.