4 Apr 2014

Najib Tidak Berselindung, Penculikan di Semporna, MH370 Usaha Keruhkan Hubungan Dengan China???

PERTH: Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa kes penculikan terbaru di sebuah resort di Semporna, Sabah merupakan tindakan yang disengajakan untuk mengeruhkan hubungan negara dengan China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, salah seorang daripada mereka yang diculik merupakan warga China, yang boleh mengeruhkan lagi situasi tegang melibatkan negara itu, berikutan tragedi MH370.

“Ini perlu dielakkan. Mungkin ada pihak yang cuba untuk mengeruhkan hubungan kita dengan China. Mereka mungkin cuba untuk mengambil kesempatan daripada keadaan ini,” kata Najib, selepas menghadiri mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Australia, Tony Abbott di Pejabat Parlimen Komanwel di sini Khamis.

Najib berkata, beliau percaya hubungan dengan China akan terus kukuh walaupun berlakunya insiden terbaru itu.

Seorang pelancong dari China, dikenali sebagai Gao Hua Yun dari Shanghai, diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna, bersama dengan seorang pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan@Mimi, 40, pada Rabu.

Najib berkata, Kerajaan telah berhubung dan mendapatkan kerjasama dengan pihak berkuasa Filipina.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Persoalannya siapa???

Siapakah yang mempunyai motif untuk melaga-lagakan Malaysia dengan China???

Apa untungnya perkara itu kepada mereka???

Apa laba yang mereka dapat???

Adakah pengganas2 Kiram/MINLF/Abu Sayaf mahu membalas dendam kekalahan mereka di Lahad Datu, semata2 mahukan mendapatkan laba daripada wang tebusan ataupun kerana bagi mereka Malaysia telah menjadi dalang kepada perdamaian Barisan Pembebasan Bangsamoro (MILF)  dengan kerajaan Filipina, suatu kompulan pejuang terbesar Bangsamoro??? 

Adakah pembangkang di Malaysia sebagai biang keladinya sebagaimana ada cakap2 yang mengaitkan kaitan mereka dengan pasukan penganas Kiram???

Ataupun adakah ianya campurtangan kuasa besar yang tidak senang dengan Negara China yang dilihat semakin berkembang sebagai kuasa besar yang bakal tiada tandingan???

Penduduk paling ramai di dunia, kuasa ketenteraan dan ekonomi yang semakin berkembang???

1 comment:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon blog tuan support portal berita mahasiswa yang baru belajar ini. Mohon link ke universitynewscapital.com

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.