27 Mar 2014

Tanpa Kotak Hitam dan Tanpa Saksi Hj Hadi Dakwa MH370 Dirampas???


YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Hari tu bukti video pun X nak pakai...

Kata kamera tu pekak dan bisu....X boleh jadi saksi....

Ini tiba2 pulak tanpa bukti jelas.... TG Hj Hadi mendakwa kapal terbang tersebut telah dirampas.

Sedangkan PM Najib dan apa lagi H2O berkali2 apabila ditanya pemberita hanya mengatakan semua misteri perlulah merujuk kepada hasil analisis kotak hitam bila ditemui nanti, kerana mereka tidak mahu membuat andaian2 liar...yang beleh membawa kepada kesan yang buruk termasuk memfitnah....

Memang X dinafikan...

Tanpa isyarat kecemasan daripada juruterbang, transducer pesawat yang dimatikan.... 

Turn back yang tidak mendapat kelulusan menara kawalan....

Pergerakan/maneuvre mengelak dikesan radar....

Tempat kapalterbang terhempas yang jauh dari laluan kapal2 dagang dan kapalterbang...

Laut yang sunyi, dalam sehingga 7000m, ombak ganas, sejuk, arus yang kuat lautan luas tak bertepi....Menjadikan misi SAR hampir mustahil....

Seolah2 mahu "menutup" rahasia MH370 dari diketahui ramai...


Apapun...penulis bersyukur kerana TG Dato' Hj Hadi dan Dato' Mahfuz Omar nadanya telah agak perlahan.... Seolah-olah telah sedar betapa perlunya kita semua bersatu kerana kita sebenarnya menghadapi musuh yang sama dan musuh kita lebih "besar" dari apa yang kita bayangkan....






6 comments:

  1. Saya sarankan hj hadi ni solat taubat dan istikharah mcm para kiai2 utama di Indonesia mohonlah pada ALLAH SWT utk petunjuknya. Pasti dapat.. Apa yg susah, tak payah berpolimek la bro..

    ReplyDelete
  2. Ini dinamakan hudud ala PAS. Dia keluar kenyataan dan tafsir ikut suka mak bapak dia aje.

    ReplyDelete
  3. Bila guna agama untuk berpolitik, inilah jadinya.

    ReplyDelete
  4. Kesian Hadi. Teringin nak jadi PM agar boleh masuk TV setiap hari dengan memberi press conference pasal kehilangan MH370.

    ReplyDelete
  5. Habis tu tanpa kotak hitam dan mayat Najib dh sahkan pesawat tu terhempas? Dajjal Amerika yg bg tau kot? Hj HAdi ckp org tk kreditkan sbg rasmi.. tp bila AhJib pandai2 ckp..satu dunia ckp Malaysia bodoh.. xde bukti sahih tp Najib dh sahkan. Smpai skrg entah ke mana..asyik fokus lautan hindi.. entah2 di pengkalan AMerika Diego Garcia!

    ReplyDelete
  6. Otak Hj hadi lebih kurang 5 inci cam belalai Anwar jugak laa....ada angan2 nak jadi PM tu....bodo sungguh cam kata UAI.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.