3 Mar 2014

Pengambil-alihan Aset Air Selangor Oleh KDEB Hanya Mengesahkan Khalid Ibrahim Memang Tak Bijak???


Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.


Komen Isac;

Penulis nak bertanya bagaimana lah agaknya kerajaan Selangor melalui KDEB akan membiayai bukan setakat pengambil-alihan bernilai RM 9.65 billion malah kos2 lain seperti berikut;

i) Keseluruhan kos pengambi-alihan bernilai RM 9.65 billion. Pastinya suntikan RM 2.0 bilion daripada kerajaan pusat hanyalah merupakan "soft loan" yang perlu dibayar balik.
ii) Kos membina saluran dan terowong laluan air yang membawa air dari Pahang ke loji rawatan air Langat 2.
iii) Kos pembinaan loji rawatan air Langat 2.
iv) Kos mengganti paip2 lama - Keempat2 konsortium pernah memohon untuk membelanjakan "CAPEX" bagi penggantian paip lama yang telah berusia melebihi 30 tahun sehingga mengakibatkan kehilangan air terawat sekitar 30-40%. Sebagai jawapan Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pengambil-alihan kepada konsesi2 terbabit.
v) Kos pengurusan dan penyelengaraan perkihidmatan, paip dan loji2 rawatan air sekitar Selangor.

Sebagaimana konsesi Lebuhraya2 di sekitar Selangor di mana kerajaan negeri melalui PKNS mempunyai ekuiti sebanyak 30%, penulis percaya perkara yang sama juga berlaku kepada empat syarikat konsesi yang menguruskan bekalan air di Selangor. Itulah sebabnya apabila "Capex" diperlukan untuk menggantikan paip2 lama setiap pemegang saham perlu mengeluarkan dana yang diperlukan mengikut peratusan ekuiti yang mereka pegang.

Cuba lah para pembaca yang budiman semua fikirkan selain menaikkan harga tarif air, apakah yang mampu dibuat oleh syarikat KDEB di dalam membiyayai semua kos2 yang dinyatakan di atas. 

Pada pandangan penulis, pengambi-alihan oleh KDEB sememangnya nampak macam bagus untuk rakyaat Selangor, tetapi dari segi ekonomi ianya tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan tarif air sebaliknya ianya menjerumuskan kerajaan Selangor kepada masalah kewangan yang lebih meruncing.

Jika dahulu kerajaan negeri Selangor cuma perlu mengeluarkan 30% daripda Capex penggantian paip baru kini kesemua kos di atas akan terbeban dan terpaksa mereka tanggung sendiri dan akhirnya pasti akan terpaksa dialihkan kepada para pengguna. 

Berapa ratus tahun lah agaknya baru pembiyayan sebanyak RM 9.65 billion tu dapat dilunaskan agaknya.

Sebagai perbandingan, syarikat PUTRA, STAR dan Monorail yang setiap satu cuma meminjam RM 3 billion untuk perlaksanaan projek mereka akhirnya terpaksa diambil-alih oleh Khazanah melalui Prasarana Negara kerana walaupun mendapat perkihidmatannya mendapat sambutan menggalakkan, hasil yang dijana selepas ditolak kos operasi dan selenggaraan bukan setakat tidak dapat melunaskan hutang malah nak bayar interest pun tak lepas.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. mungkin itu strategi khalid sebagai mb nak bagi 'hint' pada anwar jangan rampas kuasa. jika nak jugak jawatan mb tu, tanggung sekali dengan bahana hutang tu. ada anwar berani?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.