17 Mar 2014

Ketua Polis Negara Arah Tembak Sesiapa yang Membuat Pembakaran Terbuka?



JAKARTA: Ketua Polis Negara, General Sutarman, kelmarin mengarahkan polis menembak suspek yang terbabit dalam aktiviti membakar ladang jika melawan tangkapan, dalam reaksi kepada kebakaran hutan berterusan yang menyebabkan jerebu teruk di seluruh Sumatera.

“Jika pesalah melawan tangkapan atau mencederakan orang lain, tembak mereka,” Sutarman dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru, Riau.

Katanya, pegawai yang terbabit dalam jenayah itu berdepan layanan sama: “Tembak mereka juga.”

Sumber klik http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tembaksuspekbakarhutan/m/mArticle

Komen Isac;

Itu di Indonesia.

Walaupun nampak agak keras tetapi perkara ini telah berulang sejak saban tahun dan juga telah menyebabkan konflik dengan negara2 jiran akibat jerebu yang terhasil. Dengan musim kemarau yg melanda Asia Tenggara sejak 2 bulan lepas, jangankan pembakaran terbuka banyak belukar dan kawasan hutan juga telah terbakar.

Jestru jika orangramai masih lagi tidak mengendahkan larangan pembakaran terbuka maka arahan menembak sesiapa yang Ingkar mungkin adalah jalan pencegahan terbaik untuk mengundang gerun dan seterusnya mencegah orangramai daripada melakukan pembakaran terbuka.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Ko kalau nak naikkan trafik blog ko jgn la guna tajuk yang bangang macam ni.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.