13 Mar 2014

Gempar!!! Polis Ubahsuai Foto Penumpang MH370 Yang Guna Pasport Curi???

SEPANG:  Bukit Aman menafikan dakwaan media sosial kononnya polis telah mengubah suai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MH370.
 
Menurut Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad, gambar-gambar yang diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, adalah sah.
 
“Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut. Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,” katanya.
 
Asmawati mengulas dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.
 
“Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan,” katanya.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada foto di ataspun sememangnya jelas ada "garisan putih memutuskan" badan dan kaki suspek pertama.

Alasan yang diberikan oleh pihak polis ada asasnya... 

Sewajarnya pihak polis mengeluarkan foto sebenar untuk dijadikan sebagai perbandingan. Ini penting bagi menutup mulut2 mereka yang hanya tahu mengkritik.

Kapada pihak polis ataupun sesiapa sahaja yang terlibat bukan setakat kes kehilangan MH370 malah dalam konteks perkhidmatan awam, jadikan perkara ini sebagai pengajaran.

Buatlah sesuatu tugas itu dengan teliti. 

Benar... Kaki tu tak penting, tetapi kecuaian sebegini boleh memberikan impak dan ketidak percayaan kepada bahan bukti dan sumber yang diberikan. Kalau dalam mahkamah ianya pasti akan diserang dan sedaya upaya akan cuba ditolak oleh pihak peguambela agar kesahihannya diragui.

Buat peguambela2 yang korup, kebenaran tidak penting tetapi yang penting adalah memenangkan anak guaman mereka demi untuk mendapatkanbayaran yg tinggi serta nama dan kemahsyuran kerana berjaya memenangi banyak kes2 besar dan yang  berfofil tinggi. Lebih hebat testimonial and peratus kemenangan kes2 mereka, lebih tinggilah tag harga mereka di masa hadapan...

Samalah juga peguambela2 ini dengan blogger pro PR..... Mereka cuma mencari salah kerajaan dan kakitangan kerajaan dan bukannya sama2 mahu menyelesaikan masalah...


1 comment:

  1. inilah akibatnya buat kerja sambil lewa..takde orang double check dulu ke? bila dah buat pc, rakyat yang bergaji rendah kat bawah ni sekali imbas je dah boleh nampak di mana silapnya. takkan mereka2 yang bergaji tinggi kat atas tu lebih b***h drpd rakyat?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.