13 Mar 2014

Contoh Pembangkang Yang Konsutruktif??

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera bagi menggantikan sebilangan kapal atau bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melebihi usia.

Beliau berkata APMM yang merupakan lapan daripada agensi maritim yang bertanggungjawab menjaga perairan negara sudah beberapa kali ditekankan di dalam Laporan Audit Negara pada 2011 dan 2012 agar diberi perhatian.

"Bagaimana kerajaan boleh segera menggantikan kapal atau bot yang melebihi usia tadi agar mampu memperkukuhkan keselamatan samudera kita, lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis pesawat MAS, MH307 dengan kekuatan bot yang melebihi usia," tegas beliau ketika mengemukakan soalan tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata biarpun terdapat kapal-kapal yang melebihi usia, ia masih mampu berfungsi dengan baik dengan penyelenggaraan yang berterusan.



Komen Isac;

Walaupun tindakannya mengusung keranda bukan Islam boleh dipertikaikan..... Tapi usul beliau ni memang boleh dipuji. Inilah yang kita mahukan!!! Pembangkang yang konstruktif. Bukan setakat tahu membangkang.

Bukan X boleh usung keranda bukan Islam...Tetapi X berapa molek lah.... Orang bukan Islam lain kan ada....

Lagipun pengkebumian biasanya berkaitan dengan upacara agama...

Betul tolong hantar X salah.... Tapi kenapa nak buat benda yang boleh mengundang fitnah....

Lainlah orang bukan Islam X cukup/ada nak nak angkat keranda tu.


posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Orang islam boleh jatuh kupur antaranya dengan percakapan dan perbuatan jadi eloklah jauhi perkara2 sebegini elakan dari difitnah. Gunalah akal yang Allah berikan supaya dapat membeza mana yang baik dan mana yang buruk.

    ReplyDelete
  2. Cara lain lambat popular , angkat keranda cepat popular kot ,tentang boleh mendatangkan fitnah tu tolak tepi janji boleh popular

    ReplyDelete
  3. Itu la sikap orang PAS. Nama saja orang beragama, akal sempit... Sejahat-jahat DS Najib dikata oleh kebanyakan pembangkang, dia tak fitnah pemimpin pembangkang. Org yang sujud solat 5 waktu siang dan malam tetapi fitnah amalan harian yang bagi dirinya. Jadi la pembangkang yang tulen membina kesejahteraan & keharmonian negara... cari fakta yang benar lagi sahih. jika tidak dosanya tidak terampun walaupun fitnah menipu kepada bukan Islam sekalipun..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.