20 Feb 2014

Pengguna Perlu Bijak Berbelanja Siri 1: Bandingkan Harga Barangan di Kedai2 dan Pasaraya!!!


Pengguna kenalah bijak berbelanja. Dalam keadaan inflasi yang tinggi sekarang apa kata jika banding2 kan harga barang??? Berikut beberapa barangan yang penulis rasa lebih murah berbanding sesetengah pasaraya di Segamat. Barangan dengan harga ini boleh didapati di Pasar Borong Taman Yayasa , Segamat. 

Beras Basmathi serendah RM 45.00 untuk 10 kilo. Susu pekat F&N serendah RM 2.90 setin dll. Tapi setiap pasaraya tak semua barangan harganya paling rendah berbanding pasaraya yang lain. 

Contohnya biskut Cream Cracker Hup Seng tu boleh dibeli dengan harga lebih rendah iaitu hanya RM 3.69 sepeket berbanding RM 3.90, di kedai Hwa Tai di Kip Mart Segamat. Sekitar hujung tahun lepas penulis juga pernah membeli juz Trister pada harga hanya RM 4.99 sebotol di Tesco dan Pasaraya Jetson di Sri Alam, Pasir Gudang. 

Selamat berbelanja dgn bijak!!!

Gunakan kuasa kita!!!

Nukilan klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.