12 Feb 2014

Kenaikan Tol Hanya Mengkayakan Kroni???





Pakatan Rakyaat selalu sahaja menyalahkan kerajaan UMNO/BN bila tol naik harga dan kononnya perjanjian hanya mengkayakan kroni....

Sumber klik sini.

Tetapi apa yang rakyaat X tahu....mengambil Lebuhraya Kesas sebagai contoh, PKNS mempunyai 30% ekuiti. Malah dalam setiap perjanjian konsessi lebuhraya di dalam negeri Selangor PKNS juga merupakan antara pemegang saham terbesar...

Dengan ekuiti sebanyak itu mereka pasti boleh mempengaruhi keputusan menyurat ahli lembaga pengarah.

Pihak Kontraktor yang selalunya merupakan syarikat yang mencadangkan sesuatu projek itu, selalunya akan menjadi salah sebuah syarikat yang memegang saham majoriti di samping PKNS yang mewakili negeri Selangor (dalam konteks KESAS Highway).

Selain pihak pembiyaya pinjaman dari sumber dalam negara yang akan terlibat selalunya PNB, Tabung Haji dan KWSP ataupun pihak bank, jestru siapkah kroni yang didakwa oleh PR hendak dikayakan oleh kerajaan Umno/BN???

Dalam konteks Lebuhraya Kesas, PNB iaitu sebuah syarikat pelabur yang mentadbirkan dana/modal Melayu/Bumiputera malah ada juga beberapa instrumen pelaburannya yang dibuka kepada seluruh rakyaat Malaysia juga merupakan salah satu institusi pelaburan yang memegang saham terbesarnya.

Dengan saham PKNS + PNB mewakili 50% ekuitinya segala kenaikan dan keuntungan Lebuhraya Kesas sebenarnya dikembalikan kepada rakyaat Malaysia iaitu rakyaat Selangor dan pelabur2 di PNB.

Jadi salahkan UMNO/BN mengkayakan "kroni" ???


posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Ini pun cerita mengkayakan kroni, korbankan orang kampong, bangsa Melayu....Kisah sedih dan malang untuk PRK Kajang..... Bila terdengar kata nak adil kepada semua, teringat seorang kenalan menceritakan kisah kawannya. Kawan itu TANAHNYA TELAH DIRAMPAS oleh KERAJAAN begitu sahaja tanpa pampasan satu sen pun. Ini bukan cerita cakap dengar, telah dilihat geran hak milik tanah itu GM5522, Lot 2477 Sungai Sub, Mukim Hulu Langat, Taraf tanah Kawasan Rizab, Tanah Simpanan Melayu, pegangan selama-lamanya. Mereka ini adalah dari keturunan pembesar Daerah Hulu Langat bergelar Dato Sati. Tanah itu diperturunkan kepada anak cucu hinggalah kepada nama Md Yunus bin A.Malik, kemudian kepada Ghazali bin Md Yunos. Sehinggalah ke tahun 2013, tanah masih atas nama mereka dan cukai tanah telah dibayar. Apabila nama itu cuba menduduki tanah hak miliknya, didapati tanah itu telah rosak teruk kerana digunakan secara haram sebagai laluan keluar masuk oleh 9 syarikat quari, yang dipercayai telah terceroboh kawasan hutan simpan Kerajaan. Syarikat ini termasuklah syarikat besar Sg Long. Dan dalam cubaan nama itu untuk duduk diatas tanah hakmiliknya sendiri, setelah tidak tahan menumpang sewa merempat di tanah orang lain, rupa-rupanya dibelakang penceroboh itu, mendapat back-up pejabat tanah, polis termasuklah wakil rakyat kajang yang yang cabut baru-baru ini. Diakhir episod tuntutan tanah itu, tiba-tiba tuan punya mendapati tanahnya telah dirampas oleh kerajaan, apabila cabutan dibuat, statusnya dah jadi "disamun menjadi hakmilik kerajaan". Maka merempatlah kembali beliau, yang terus senang ialah syarikat cina, yang mungkin akan diberi bantuan lagi oleh kerajaan. Jadi berhati-hatilah wahai pemilik tanah berbangsa Melayu, bila-bila masa sahaja tanah itu boleh dirampas oleh kerajaan untuk memudah-kayakan tauke-tauke besar. Pulak tu katanya, nak tuntut ke Mahkamah perlukan modal besar juga, nak makan sendiri pun susah. Nak pergi SPRM dia takut nanti dia pula jadi macam orang salah, maklumlah orang kampung. Hanya sumpahanlah yang terdengar dari mulutnya, haram dan jadahlah mereka yang terlibat dalam perampasan tanah itu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.