7 Feb 2014

Kalau Menangpun PRK DUN Kajang, Anwar X Akan Jadi MB Selangor?



Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-tetap-tolak-jadi-anwar-mb-selangor-1.248395

SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.


Komen Isac;

Jika pun Pas akhirnya berlembut.....DYMM Sultan Selangor mempunyai hak untuk memberukan kata putus.

3 nama Calon MB sekurang2nya dicadangkan untuk pemilihan DYMM Sultan. Bahkan kalau dilihatkan kepada tradisi pemilihan MB di Selangor pernah berlaku nama2 calon ditolak kerana DYMM Sultan ketika itu mahukan calon yang bukan sahaja "bersih" tetapi juga kelihatan "bersih".

Kita tunggu sahaja lah nanti keputusannya.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.