17 Feb 2014

Gempar!!! Anwar Kembali Sakit X Boleh Berjalan???

Foto: Hiasan.

Anwar yang kononnya sakit belakang....

Dr Thomas Hoogland Pakar tulang mendakwa Anwar sukar bongkok, pergerakan pinggang terhad.

KUALA LUMPUR: Pakar tulang belakang yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jerman pada 2004, mengesahkan Ketua Pembangkang itu masih mengalami sakit belakang.

Ia menyebabkan Anwar sukar untuk membongkok dan mengehadkan pergerakan belakang dan bahagian leher beliau.

Dr Thomas Hoogland, menjelaskan perkara itu ketika dipanggil sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, beliau membedah Anwar pada 6 September 2004 di kliniknya di Munich, Jerman. Anwar berada selama tiga minggu bermula tarikh itu hingga 27 September 2004.

Tiga bulan selepas itu pada Febuari 2005, Anwar sekali lagi datang ke kliniknya dan beliau mendapati Anwar masih mengalami sakit belakang.

Hoogland berkata, Anwar mengalami kemerosotan tulang belakang, yang memberi kesan kepada kaki dan tangan pesakit. Saksi itu berkata semakin lama saraf terganggu, semakin besar kemungkinan ia akan menyebabkan kehilangan fungsi berikutnya.


Menurut diagnosisnya, laluan saraf pada (lumbar) cakera tulang belakang Anwar yang dikenali sebagai C5 dan C6 semakin mengecil.

Malah, fungsi tulang belakang Anwar juga semakin merosot menyebabkan kehilangan sebahagian fungsi pada lumbar tulang belakang keempat dan kelima, dan juga kemerosotan saraf, kata Dr Hoogland.

“Ada masalah stenosis pada cakera C5 dan C6. Beliau mengadu sakit pada bahagian belakang.

“Kerosakan saraf, stenosis mengehadkan pergerakannya, dan kerosakan kepada sendi (tulang belakang) juga menyebabkan masalah berterusan,” kata Dr Hoogland.

Ketika ditanya samada masalah itu akan berulang semula, Hoogland berkata ia pada kadar 5 hingga 20 peratus.

Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukan satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa.

Menurutnya lagi, Anwar mempunyai masalah untuk membongkok ke hadapan dan melakukan pergerakan, justeru itu beliau menasihati Anwar supaya melakukan solat secara berhati-hati dan perlahan.

Kenyataan tersebut diberikan oleh beliau ketika memberi keterangan di mahkamah semasa perbicaraan Liwat II, laporan perubatan dan pembedahan yang dijalankan pakar itu turut ditandakan sebagai bahan bukti.
 
 Susah bergerak ya... Cer tengok video di bawah;



3 comments:

  1. terapi membetulkan sakit tulang belakang...

    ReplyDelete
  2. Harap minta ganti rugi dari Rahim Noor

    ReplyDelete
  3. Bergerak dari belakang ke depan dalam satu paras dan kalau di buat berulang ulang boleh kot, ia nya tidak melibatkan pergerakan lasak bahagian lain. Ini pun satu kaedah terapi pinggang. Pantang jangan bongkok, orang lain bongkok takpe.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.