9 Feb 2014

Cadangan Projek di Pelentong Johor, Umpama Projek DAP di Bayan Mutiara Penang???


Penulis ada terdengar sebuah syarikat pemaju yang besar milik seorang Taikun berketurunan Tiong Hwa di Johor sedang di dalam proses memajukan permohonan untuk mengambil-alih dan memajukan sebidang tanah milik kerajaan negeri berhampiran kota Puteri, di daerah Pelentong, Johor D.T.

Katanya sebahagian dari tanah tersebut kini sedang didiami oleh penduduk2 setinggan, beberapa buah warung,, ladang tebu dan juga kawasan nelayan.

Sekiranya pengambil-alihan tersebut benar2 berlaku, pihak kerajaan negeri perlulah mempastikan agar nasib mereka yang terlibat ini terbela. Penempatan rumah murah  perlu dijadikan sebagai salah-satu syarat kelulusan dan sewajarnya diutamakan buat penduduk2 yang terlibat termasuk tapak medan selera dan juga kedai buat pemilik2 warong sediada dengan harga yang berpatutan.

Kajian untuk bayaran pampasan kepada nelayan2 yang terlibat sepanjang tempoh projek juga wajar dilakukan termasuk penempatan baru untuk jeti pendaratan dan lain2.

Berkaitan dengan pembangunan oleh pihak pemaju pula, adalah perlu ianya dilakukan secara usaha-sama (JV) dengan anak2 syarikat kerajaan negeri seperti Prisind, YPJ ataupun yang lain2 agar orang2 Melayu/Buiputera dapat sama2 terlibat di dalam projek bersekali besar ini selain menjadi pemantau kepada kebajikan penduduk2 yang terlibat dan juga kawasan berdekatan diambil-kira oleh pihak pemaju.

Lagipun pihak kerajaan negeri tidak boleh terlalu mengharapkan kepada nilai premium tanah yang bakal diterima sebaliknya perlu juga menjadi pemangkin kepada penyertaan Melayu/Bumiputera dalam projek2 bersekala besar seperti ini. 

Ye lah kita sedar, syarikat2 milik Melayu/Bumiputera di negeri Johor mungkin masih belum mempunyai kemampuan untuk menjalankan perojek2 bersekala besar secara bersendirian. Jestru pembangunan secara bersama akan memberikan peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman di samping mencapai impian kerajaan untuk memupuk integrasi Nasional.

Setelah kita mengkritik dasar2 kerajaan pimpinan DAP Penang dalam projek Bayan Mutiara tidak lama dahulu di mana nilaian premium tanah hanya sekitar RM 1 Billion berbanding nilaian tanah selepas pembangunan yang bakal menjangkau harga melebihi RM 10 Billion, janganlah kita pula yang "meniru konsep yang sama" di negeri Johor.

Harapan penulis agar pihak Pejabat Menteri Besar Johor / Y.A.B Menteri Besar Johor dapat mengambil perhatian yang serius di dalam isu yang diutarakan ini.

1 comment:

  1. Diharap kerajaan Negeri Johor tak usah dilayan syarikat cina ini. Tanah milik kerajaan Johor adalah untuk anak Johor. Biarlah kerajaan Johor sendiri yang majukan. Kekayaan Johor sama dinikmati rakyat Johor.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.