18 Jan 2014

Piala Antarabangsa Frenz (B-16) 2014: Frenz United Malaysia Bergaya Kalahkan Kelab Bestikas JK 4 : 1

Foto (kiri): Gambar Pemain Terbaik Perlawanan dari pasukan Frenz United Malaysia, Kogi.

Anak didik pengendali Balachandran Frenz United mencatatkan kemenangan kedua dengan bergaya apabila mengalahkan kelab Besiktas JK (Turki) 4 : 1.

Lebih manis, Frenz United berjaya bangkit selepas ketinggalan 1 : 0 tamat separuh masa pertama hasil  jaringan pemain Bestikas iaitu Rifatcan Aslan di minit ke 10. 

Frenz United yang sebelum itu banyak mensia-siakan peluang terhidang tidak menoleh kebelakang sebaik wisel separuh masa ke dua ditiup.

Bermula separuh masa kedua serangan bertali-arus membolehkan empat jaringan dihasilkan melalui Muhammad Syazwan 48', Najib Abdullah54', M. Kogileswaran61' (PEN) dan Muhd Shahrul Akmal Adnan (Kapten) 72'.

Diundi bersama juara bertahan - skuad B-16 Slovakia dalam aksi Kumpulan A, Frenz United Malaysia juga diletakkan dalam kumpulan sama dengan beberapa pasukan terkemuka dunia iaitu Internacional (Brazil), Besiktas JK (Turki) serta dua pasukan Asia iaitu Incheon United (Korea Selatan) dan Dalian Aerbin dari China.

Foto (kanan): Muhd Shahrul Akmal Adnan (Kapten)melonjak tinggi ketika berentap dengan pasuakan Internacional (Brazil).

Sebelum ini Frenz United kalah kepada skuad B-16 Slovakia 3 : 2, Seri 0 : 0 dengan pasukan Internacional (Brazil) dan mengalahkan Incheon United (Korea Selatan) 2 : 0.

Frenz United berpeluang ke peringkat separuh akhir jika berjaya mengalahkan pasukan Dalian Aerbin dari China pada hari Ahad ini dengan margin gol yang besar di samping mengharapkan perlawanan di antara skuad B-16 Slovakia Vs Besiktas JK (Turki) berakhir dengan keputusan seri.

Apapun doa penulis semoga pasukan kendalian ketua jurulatih Balachandran iaitu campuran skuad Harimau Muda C dan Frenz United ini dapat maju sehingga ke perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai kejohanan ini.

Sumber klik sini dan sini.



No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.