30 Jan 2014

Perlekeh Rampasan DUN Perak Nik Aziz Terlupa Dia Pernah Sokong Rampasan 19 September


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.


Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.



"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. 



"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. 



"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.


Sumber klik sini.


Komen Isac;

Nik Aziz mungkin terlupa beliau pernah menyokong rancangan Anwar dalam "Projek 16 September". Kononnya PR telah dapat memancing 40 orang MP BN untuk melompat ke PR.

Malah sebelum pembentukan kerajaan campuran di Perak sehingga mengakibatkan kerajaan PR tumbang, seorang ADUN BN telah diterima melompat ke PR dengan begitu bersuka-ria oleh mereka....

Jestru kenapa nak komen bila "senjata makan tuan"???

Apa yang berlaku di Perak tidak melibatkan PRK yang sengaja diada2kan sehingga mengakibatkan pembaziran duit rakyaat. Tetapi PR telah dua kali sengaja menyebabkan PRK gara2 perancangan politik dalaman mereka.

Memang Ilmu Nik Aziz tinggi, amalannya juga banyak. Tetapi tindakkan beliau yang sentiasa memenangkan tindakan sekutu Pas dalam PR semakin memualkan.

Malah dalam sesetangah "fatwa peribadi" beliau, jika Umno yang melakukan ianya akan cepat2 dilebel sebagai haram dan boleh jatuh kafir... Tetapi apabila rakan2 sekutu waima Pas sendiri yang melakukan perkara yang sama ianya dibolehkan dan sekadar startegi politik umpama, "Peperangan itu adalah tipu-muslihat".


posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Kenyataan2 double standard PAS tu yg memualkn sbnrnya. X konsisten langsung.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.