23 Jan 2014

Penyokong Pihak Bendera Jepun - Saya Tidak Bertanggung-jawab. - Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.

Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan.  Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.

"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.


Berita penuh klik sini.


Komen Isac;

Biasalah.... Anwar tu...

Dalam banyak rapat2 umum termasuk "Bersih", apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan berlaku rusuhan.....

Dia juga pasti menafikan beliau tidak bertanggung-jawab, walaupun rapat2 umum tersebut merupakan anjuran dan mendapat sokongan PR dan beliau sebagai ketuanya....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.