4 Jan 2014

Lagi Cerita Pasal Jemaah Umrah Terkandas????



Penulis akhirnya dapat juga ke tanah suci walaupun setelah beberapa kali tertunda disebabkan masalah pesawat sewa khas menghadapi maslah pendaratan dan penjadualan semula ...ALHAMDULILLAH...

Sehingga kini walaupun dijadualkan pulang esok, masih tiada maklumat muktamad tentang jadual penerbangan baru.

Mungkin Allah swt masih mahukan kami sebagai tetamunya di tanah haram Mekah ini. Sudah lah dapat buat umrah dalam "dua tahun berlainan" 2013/2014, kini dapat extend percuma pulak. Mungkin itulah yang dikatakan rezeki yang tidak disangka2.

Apapun semasa penulis berbual2 dgn seorang jemaah umrah yg dtg melalui sebuah agensi perlancongan beribu pejabat di Kedah, beliau menyatakan telah mendapat ziarah percuma selama seminggu di Jakarta ditanggung sepenuhnya oleh agensi perlancongan tersebut sebelum dapat pergi mengerjakan umrah.

Penerbangan charter (Air Jordan) dari lapangan terbang Jakarta ke Jeddah tidak mendapat hak pendaratan di Jakarta. Sementara pesawat ganti yg mengambil masa seminggu. Segala perbelanjaan hotel, makanan dan trip lawatan di Jakarta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat agensi perlancongan tersebut. Tabik "spring" kepada syarikat berkenaan.

Bukan senang nak buat business umrah ni rupanya. Silap2 haribulan bukannya untung malah rugi pula. Dah lah selalu kena sumpah-seranah bila jemaah rama yang X dapat pergi.... :)

Pada pemerhatian penulis masalah pada kali ini bukan disebabkan oleh masalah untuk mendapatkan visa tetapi lebih kepada masalah prosedur mendapatkan hak pendaratan oleh syarikat2 penerbangan.

Mungkin pihak berkuasa boleh memberikan sedikit bantuan agar perkara sebegini tidak berulang.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Semoga selamat perjalanan pulang ke Malaysia buat semua jemaah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.