25 Jan 2014

Kenaikkan Harga Barang - Nasi Dah Jadi Bubur???



Goreng pisang sebesar jari, 5 keping seringit....

Sebiji pisang entah potong berapa lah agaknya....

Ini kat bandar Kecik ni....

Kalau kat JB, KL dan Penang X tahu lah...

Penulis bersembang2 sambil minum teh dengan seorang peneroka yang penulis jumpa secara kebetulan pada petang tadi....

Menurut beliau kenaikan harga barang yang agak melampau sejak akhir2 ini pasti X akan dapat dikawal oleh kerajaan BN/Umno....

Kenaikkan harga petrol, diesel, tarif elektrik, tol dan selari dengan kenaikan gaji kakitangan awam dan swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang untuk para peniaga terutamanya pihak pengedar dan orang tengah mengambil kesempatan.

Tambahan pula kebanyakkan dari mereka ini adalah peniaga2 Cina yang hanya mementingkan keuntungan semata2 di samping bertindak mengikut keadaan politik semasa.

Menaikkan harga barang akan menyebabkan kerajaan BN/Umno akan dibenci oleh rakyaat di samping dapat membuat keuntungan berlipat kali ganda seumpama serampang dua mata buat mereka.

Jestu kerajaaan BN/Umno tiada pilihan kecuali mengambil tindakan drastik dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a. ketika pihak pengedar/orang tengah membuat kepungan ekonomi terhadap Kota Madinah yg mengakibatkan sehingga harga barangan keperluan naik sehingga 7 X ganda. Apa yg dilakukan oleh Saidina Usman adalah dengan membeli barangan keperluan dari luar, membawa masuk dan mengagih2 kan sendiri kepada penduduk2 Madinah, melepasi kepung ekonomi kabilah2 perdangangan di luar kota walaupun telah ditawarkan keuntungan sehingga 7 kali ganda.

Menurut Saidina Usman r.a. beliau hanya akan menjualkan barangan tersebut kepada sesiapa yang boleh menawarkan sehingga 700 kali ganda. Iaitu selari dengan ayat Al Quran
Al-Baqarah ayat 261 mathumnya, " Perumpamaan orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan
Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".

Kerajaan BN/Umno bukan sahaja perlu memperbanyakkan kedai 1 Malaysia untuk mengawal kenaikan harga barang, malah kerajaan juga perlu merampas lesen peniaga2 yang sewenang2nya meningkatkan harga barangan terutamanya barangan keperluan.

Katanya apa yang berlaku sekarang harga hanya diturunkan ketika pak2 menteri dan pegawai2 penguatkuasa membuat rondaan tetapi harga akan dinaikkan semula apabila mereka ini telah beredar.

Apa kata DS Najib, Pak2 Menteri dan penasihat2 dalam Pemandu?
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Penasihat PM akan berkata,"Dengan wujudnya program rasionalisasi subsidi, dapat mewujudkan keperbagaian bentuk.saiz dan kreativiti makanan tersebut utk mengawal defisit keuntungan perniaga.Sekaligus mengurangkan pemakanan yang mengandungi banyak minyak".Dalam konteks ekonomi pulak,ia gagal dalam mempermosikan barang jualan tersebut mengikut kehendak dan tingkah laku penguna.Secara keseluruhannya,konsep rasionalisasi subsidi telah gagal membendung ketidaktentuan rangkaian sosial ekonomi rakyat atas sebab, kekangan majoriti rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

    ReplyDelete
  2. mmg bangsat la punaisihat2 ni. tp yg pelik kenapa ajib terima nasihat sampah sarap tu? aku yg bukan ahli politik pun boleh pikir apa kesannya. ko perasan x sejak pru lepas hampir semua di naikkan. gila ke apa? patutnya buat dulu penjimatan belanja baru decide mcamna. nak barang naik baru nak potong elaun menteri la apa la..apa guna nya bengappppppppp? apa pun yg dibuat, barang & harga2 kt kedai makan tu bukan boleh turun semula..once naik mmg terus naik. ni namanya bg pisau kt pembangkang suruh tikam terus.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.