2 Dec 2013

Ustaz Kazim Sah Menganggotai Majlis Tertinggi Umno???

Foto (Kiri): PENDAKWAH terkenal, Muhamad Kazim Elias ketika hadir di Parlimen untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini. - Foto Effendy Rashid

Kuala Lumpur : Pendakwah terkenal, Muhamad Kazim Elias mengumumkan keluar PAS serta merta selepas kecewa dengan parti itu yang sering menghentam dan melabelkan dirinya dengan panggilan kurang enak dan hina. 

Beliau juga menafikan tindakan itu diambil bukan selepas menerima tawaran Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri. 

Ditanya mengenai sama ada beliau menerima tawaran MT, Kazim menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat pengumuman itu selepas ini. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Contoh orang beradab....

Walaupun beliau ilmuan agama beliau masih mampu menghormati DS Najib sebagai pemimpin negara.

Setelah berbincang dan memberitahu akan syarat2 untuk membolehkan beliau menganggotai MT Umno beliau tidak dengan sombong mewar-warkan hasil perbincangan tersebut dan sebaliknya menyerahkan kepada DS Najib untuk membuat pengumuman samada beliau menerima atau menolak perlantikkan tersebut.

Apapun kita tunggu apa pengumuman DS Najib. "Do not jump the gun!!!".

Sebagai orang Melayu beragama Islam kita kaya dengan adab sopan!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.