6 Dec 2013

Panglima Perang Maya UMNO Hadapi Propaganda "Read Bean Army" Guna Instagram???


Foto (Kiri) Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Ibdillah Ishak. Kalau di ikutkan kopiah tajam, dah mirip TG Nik Aziz.

Dua tiga hari ini, kecoh dunia maya khususnya di kalangan blogger pro Umno apabila  Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Ibdillah Ishak yang baru dilantik membuat kenyataan yang dilihat memperlekeh blogger pro Umno yang kononnya dibayar digaji tetapi bertindak "menggigit tangan tuannya".

Apa tidaknya selain ramai blogger pro BN bergerak di atas initiatif dan belanja sendiri dan tidak mendapat apa2 bayaran daripada Umno/BN, lawan mereka "Red Bean Army" dikatakan mendapat imbuhan dan bergaji tetap selain mendapat latihan perang sarap daripada agen2 perisikan asing. Sebab itulah jika diperhatikan propaganda, fitnah2 dan tohmahan2 yang dilontarkan oleh "Red Bean Army" seperti isu 40 ribu pengundi Bangla, Blackout 505, kapal selam, Alantunya, Teoh Beng Hock dll begitu tersusun, teliti, terancang dan sesetengahnya begitu berjaya meracuni fikiran rakyaat. Lihat sahaja bagaimana isu 40 ribu pengundi Bangla dan Blackout 505 dimainkan sebaik sahaja PR mengalami kekalahan dalam PRU 13 yang lalu. Lihatlah bagaimana puluhan video2 yang kononnya adalah tangkapan pengundi2 hantu Bangla di beberapa lokasi serta foto2 yang kononnya Blackout 505 dijaja di media2 maya dengan sistematik dan terancang diikuti dengan rapat2 umum "Blackout 505" di seluruh pelusuk negara yang diketuai oleh pemimpin2 PR sendiri.

Jika umur Ibdillah ini terlalu muda dan masih mentah ketika tsunami politik yang pertama melanda Umno/BN dalam PRU 12 (2008) yang lalu sehingga beliau tidak dapat melihat bagaimana tanpa tentera cyber, perperangan di alam maya telah menjadi berat sebelah dan dimonopoli oleh blogger2 pembangkang sehingga rakyaat dengan mudah dimomokan dengan fitnah2 dan tohmahan2 beliau sewajarnya boleh melihat bagaimana gigihnya blogger2 pro Umno menangkis segala serangan "Red Bean Army" dan pemimpin2 PR dalam kempen PRU 13 yang lalu dan ketika tohmahan dan fitnah 40 ribu pengundi Bangla dan Blackout 505 dimainkan. 

Ya mungkin ada sebahagian kecil blogger Umno yang dibayar oleh Umno negeri dan sebahagiannya pula dahulu pernah bernaung di bawah UMB yang dipimpin oleh Tun Faisal, tetapi apalah sangat bayaran saguhati dan ganjaran yang diberikan berbanding yang diterima oleh "Red Bean Army" sayap media milik DAP.

Apa lagi jika mahu dibandingkan imbuhan bulanan bernilai beberapa ratus sebulan, dengan jumlah berbillion ringgit yang perlu dibelanjakan oleh kerajaan untuk mengaji perunding2 asing di dalam memperbaiki imej dan daya saing negara di mata dunia dek angkara perbuatan dan sabotaj pemimpin2 Pakatan Rakyaat dan "Red Bean Army".

Lebih menyedihkan bagaimana Umno boleh melantik seorang pemuda yang berfikiran "old school" dan buta IT untuk menjadi Panglima Perang Dunia Maya mereka dalam menghadapi tohmahan2, fitnah2 dan propaganda oleh "Red Bean Army" dan pemimpin2 PR.

Pemuda yang memilih untuk menggunakan Instagram berbanding blog, FB dan Twitter sebagai medium untuk berjuang di dunia maya.

Arikel berkaitan klik sini dan sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.