4 Dec 2013

Jadi Ahli Parti Islam Suatu Tiket Untuk Gelar Musuh Politik "Ustaz Khinzir'???


Astargfirullah.....

Anda fikir syurga milik anda bila anda bertaubat dengan menjadi ahli parti politik yang mendakwa mereka parti Islam???

Anda fikir ibadat, solat, puasa, sedekah, zakat, umrah, haji  dll ibadat anda boleh menjamin syurga sekiranya anda tidak mengasihi saudara seagama kamu sebagaimana kamu menyayangi diri kamu sendiri???

Sebagai umat Islam kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. juga hubungan kita sesama manusia, apa lagi dengan saudara seagama semata2 untuk mendapat keradhaan dari Allah s.w.t.

Sebab itu Islam melarang kita mendewa2kan pemimpin walaupun beliau seorang ulamak besar...

Tanpa ilmu agama yang cukup, semangat yang mendahului ilmu dan sikap mendewa2 kanpemimpin waima Ulamak sekalipun boleh menyesatkan kita.

Itulah sebabnya kekadang kita berasa hairan, mengaku beragama Islam tetapi mengapa dengan mudah boleh mengkafirkan sesama Islam...dan menyembah selain daripada Allah. Wal iyazubillah....

Lihat sahaja bagaimana ramai orang Islam yang asalnya mahu mendalamkan ilmu agama tetapi kerana tiada asas agama yang mencukupi dan kerana kegairahan yang melampau akhirnya tersesat dengan mudah sehingga sanggup menjadi pengikut2 Tuhan Haron, Tuhan Ayah Pin, Rasul Melayu dll.

Wahai saudara2 ku sama2 lah kita berdoa memohon petunjuk dan diberikan pedoman oleh Allah s.w.t.

Jangan cepat mahu menghukum sebab menghukum itu adalah hak Allah s.w.t.


1 comment:

  1. "Wahai org org yg beriman ! Jgnlah mencela satu kaum (lelaki) terhdp satu kaum (lelaki) yg lain, harus ('asa) yg dicela lebih baik dr yg mencela. Dan jgn (juga mencela) satu kaum wanita terhdp satu kaum wanita yg lain, harus ('asa) yg dicela lbh baik dr yg mencela........" Al Hujurat 11.
    Kata " 'asa " dlm kitab kitab tafsir ditafsirkan sbg satu kepastian bila Allah swt yg mengatakannya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.