3 Dec 2013

Gaji Penasihat Ekonomi RM 1.00 Selangor - Rakyaat Selangor Tertipu Lagi???

AIDCNews – 20/11/13 – Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin mendakwa kerajaan negeri hanya membayar RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Menurutnya peruntukan itu telah diluluskan oleh perbendaharaan negeri dan bukannya oleh pejabat Menteri Besar.

“Sebanyak RM150, 000 telah diperuntukkan oleh perbendaharaan pada tahun 2013 dan ia adalah peruntukan yang sama pada tahun 2012, ” kata Faekah kepada The Mole.

Peruntukan tahunan sebanyak RM150,000 kepada Anwar itu jika dinisbah mengikut bulanan berjumlah RM12,500 sebulan.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi The Mole berkata beliau tidak tahu menahu tentang bayaran terhadap Anwar.

“Setakat yang kita tahu, gaji Anwar hanya RM1 “, katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 13 November 2009 melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta merta.

Khalid membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 Kerajaan Selangor dengan menegaskan bayaran elauan kepada Anwar adalah sebanyak RM1 sebulan.

Sumber klik sini.


Komen Isac:
 
Berapa gaji Penasihat Ekonomi Selangor sebenarnya.... Dulu kata RM 1, ada yang kata tuntutan perjalanan, hotel, makan, keraian dan lain2 pun sehingga mencecah RM 15 Juta.

Sekarang Faekah kata RM 150,000.00 pulak...

Tapi Zuraida tetap kata hanya RM 1.00, jadi siapa yang menipu???

Apapun nilaiannya nampaknya rakyaat tertipu lagi???

1 comment:

  1. KEHKEHKEH.....DOLU DOLU DOLU MASA PANCING UNDI...CAKAP SANGGUP PEGI MESORAT DUN NAIK BAS RAMAI2...TAK PERLU NAIK KERETA RASMI UTK JIMAT WANG RAKYAT....BILA DAH MENANG ? CAKAP TAK SERUPA BIKIN..BIKIN PUN TAK SERUPA CAKAP..!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.