18 Nov 2013

Hebat!!! Anak Melayu Juara Moto 2 di Litar Ricardo Tomo, Valencia Sepanyol!!!



KUALA LUMPUR - Hafizh Syahrin Abdullah berjaya merealisasikan misi untuk sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara perlumbaan Moto2, Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) yang berlangsung di Litar Ricardo Tomo, Valencia, Sepanyol, semalam.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu meraih kemenangan keduanya selepas menang buat kali pertama di Litar Navarra, September lalu.

Dia menamatkan 19 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 31 minit 04.413 saat, menewaskan dua lagi pencabar, Alejandro Marinelarena di tempat kedua (31:04.801s), manakala pendahulu keseluruhan, Roman Ramos ketiga dengan catatan 31:05.055s.

Berada di petak pertama, Hafizh bermula agak perlahan apabila ketinggalan kepada Ramos sebelum kembali mendahului perlumbaan pada pusingan keempat.

Menuju ke penghujung perlumbaan, persaingan semakin sengit di antara ketiga-tiga pelumba apabila saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum Hafizh memintas Marinelarena pada selekoh terakhir dan muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya agak gementar ketika berada di petak mula kerana tidak mahu mengulangi kesilapan serupa ketika terjatuh sewaktu aksi wildcard MotoGP di sini, minggu lepas.

"Ketika mengekori di belakang, saya cuba membaca strategi yang digunakan oleh lawan kerana sedar saya mampu memenangi perlumbaan jika beraksi dengan tenang.

"Syukur kerana ia membuahkan hasil dan memberi kemenangan kedua saya tahun ini. Saya berterima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik," kata Hafizh.

Berbaki satu pusingan sahaja lagi, Hafizh kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan 135 mata, tujuh mata ketinggalan di belakang pelumba tempat kedua, Marinalera (142 mata). Ramos selesa di tangga teratas dengan 162 mata.

Pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 24 November ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Komen Isac;

Siapa kata anak Melayu X hebat??? Berlumba tanpa rakan sepasukan kerana berbanding pasukan lain pasukan Petronas Raceline Malaysia  cuma ada seorang pelumba sahaja.

Itu dia berlumba X sampai separuh musim, jika semusim penuh beliau mungkin boleh menjuarai Moto2.

Tahun hadapan Hafizh bakal berlumba semusim penuh, semoa beliau mampu menjadi anak Melayu pertama yang menjuarai Moto 2, amin... Insyallah!!!



posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Dari dulu sampai sekarang Melayu nih hebat sebenar nya hanya kita kurang diberi pendedahan dan peluang. Ada kala peluang tu ada tapi dihalang selain berat nak merentasi halangan hasad-dengki lebih lebih lagi dari cinabeng (mereka nih sebenar takut persaingan) malah, dari sesama muslim pun ada!

    Mudah mudahan melayu-muslim belajar untuk kikis perasaan hasad dan mendoakan kejayaan anak-anak melayu muslim lebih berjaya didalam segala bidang yang menafaat dan memertabat kan bangsa-agama, Insya Allah!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.