2 Nov 2013

Gempar!!! Hilang Kisah PRK Sungai Limau - Kecoh Bigfoot DiTemui di Marang, Terengganu???

MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.

Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.

Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.

“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.

Cerita pasal bigfoot ni sekitar 2010 heboh katanya dijumpai di Johor. Kini di Marang Terenggannu pula.

Bigfoot didakwa kelihatan dibanyak kawasan di dunia. Kalau di Banjaran Himalaya ianya dikenali sebagai "Yeti" ataupun Meh-Teh, berbulu putih kerana tingga di kawasan bersalji. Orang-orang Nepal pula menyebutnya Bonmanche yang berarti "manusia liar" atau "Kanchanjunga rachyyas" yang berarti "Iblis Kanchanjunga." Ada juga yang memanggilnya
Abominable Snowmen

Gelaran Bigffot lebih dikenali di Amerika Syarikat dengan bulu berwana hitam keperangan. Juga dikenali sebagai Sasquatch di benua Amerika. Juga dikenali sebagai Disambiguation. Di Australi ianya dikenali sebagai Yowie. 

Di Johor dikenali sebagai Orang Mawas atau Mawas (juga dikenali sebagai Orang Dalam) didakwa sebagai hominid cryptid dikatakan tinggal di kawasan perhutanan Johor di Malaysia. Ia katakan dengan ketinggian 10 ft (2.4-3 m), bipedal, ditutupi dengan bulu hitam, dan telah dilihat memakan ikan, dan merosakkan kebun.

Dahulu semasa masih bersekolah rendah di sekitar 70an, penulis pernah terbaca satu artikel di Utusan Pelajar seorang Tsar Russia pernah mengahwini seekor Yeti dan mereka mempunyai beberapa orang anak bersama. Kononnya anak2 mereka telah dibunuh oleh Yeti tersebut kecuali seorang anak lelaki yang akhirnya menghilangkan diri di hutan dipercayai menyertai keluarga Yetinya.

Sejauh mana benarnya kewujudan Bigfoot, adakah ianya mitos atau fakta...sehingga kini masih belum dapat dibuktikan secara saitifik. 

Tetapi  suatu perkara yang menghairankan mengapa setiap kawasan di dunia mendakwa akan kewujudan mereka???

Sumber klik sini dan Wikipedia.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.