17 Oct 2013

Pas Tidak Perlukan "Ulamak" Segera!!!

Menurut Khalid pengharaman penggunaan nama Allah terhadap bukan Islam adalah seperti tindak balas ketakutan daripada ‘orang bodoh.’

“Kerajaan perlu mendidik umat Islam mengenai semua ayat-ayat al-Quran yang menyebut bahawa bukan Islam telah berbincang tentang Allah dengan Nabi Muhammad dan menggunakan perkataan itu secara bebas tanpa apa-apa halangan. 

“Sebaliknya, kerajaan seolah-olah sangat berbangga bahawa negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang mengamalkan larangan ini – melampaui daripada apa yang Nabi Muhammad telah lakukan.

“Adalah malang kerajaan telah mengambil kira orang-orang yang ‘bodoh’ berkeras dalam isu ini, membelakangkan pandangan Islam terhadap perkara ini,” kata Khalid.

Khalid turut menolak garis panduan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang tidak membenarkan ‘Allah’ digunakan bukan Islam kerana bimbang akidah umat Islam terancam.

Menurutnya, “tidak ada kekeliruan di sana,” sebaliknya Khalid menegaskan dengan membenarkan perkataan ‘Allah’ untuk agama-agama lain akan membina platform yang sama di kalangan orang yang berbeza keimanan di negara ini untuk menggalakkan perbincangan antara agama.

“Persoalan pluralisme juga tidak ada di sini kerana Al Quran telah menegaskan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah adalah Islam,” katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa isu ini bukan isu agama, sebalik ia merupakan satu isu politik semata-mata.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Demi politik dan kepentingan undi... Sesetengah pemimpin membutakan mata dan hati mereka terhadap matlamat dunia...

Muslihat pendakyah2 agama lain untuk menyebarkan agama mereka di kalangan penganut2 Islam tidak mereka indahkan malah mereka sokong dan berikan bantuan....

Astarfirullah.....

Engkau ampunkanlah kami dan engkau sedarkanlah pemimpin2 sebegini ya Allah....

2 comments:

  1. NAK KOMEN PUN AGAK2 LA....
    BERBINCANG SEKADAR BERBICARA....
    BUKAN MENAFSIRKAN APA YANG TERTULIS DALAM KITAB BIBLE.....
    APA SUSAH NAK PAHAM...
    ORANG POLITIK SEMUA BODOH2 KER....
    YANG NAK DI BUAT OLEH KAFIR NIE IALAH.....
    MENAFSIRKAN KITAB INJIL BAHARU MEREKA KEPADA BAHASA MELAYU...
    DENGAN MENGGANTIKAN TUHAN (GOD) KEPADA ALLAH....
    YANG MANA MEREKA SENDIRI KELIRU APA ITU GOD ATAU TUHAN MEREKA...
    DAN SIAPA YANG MEREKA HARUS PERCAYA.....
    KALAU SETAKAN CAKAP2 ATAU NAK SEBUT2 KALIMAH ALLAH BOLE AJER...

    p/s
    KITAB INJIL PERJANJIAN BAHARU MEREKA TAK SAMA DENGAN ALQURAN YANG TERANG2 MENYEBUT ALLAH.....

    ReplyDelete
  2. Kepada pemimpin/penyokong PR, ingatlah... barang siapa di antara kamu yang MEMBANTU musuh-musuh Allah sehingga akibatnya merosakan akidah umat Islam, menjadi keliru atau mungkin murtad, maka tunggulah azab Allah kemudian nanti. Dosa kamu adalah sama dengan umat Islam yang murtad tadi.

    Hanya kerana pakatan politik kamu sanggup memperjudikan akidah umat Islam lewat 5, 10 atau 20 tahun akan datang. Ingatlah, walau jika hanya seorang umat Islam menjadi murtad gara-gara pandangan politik kamu, segala amalan kamu akan gugur dan ditolak oleh Allah SWT.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.