30 Oct 2013

Panas!!! Akhbar ''Philippine Star'' Melaporkan Polis Filipina Sedang Menjejaki Pembiaya Pengganas Sulu???

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pihak berkuasa Malaysia sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung dakwaan bahawa serangan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Zamboanga City pada September mendapat sokongan seorang pembiaya di Malaysia.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata beliau maklum tentang perkembangan itu. 

"Kami sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Akhbar ''Philippine Star'' melaporkan Polis Nasional Filipina sedang menjejaki pembiaya berwarganegara Malaysia itu yang mendakwa dia menerima bayaran secara mingguan daripada penyumbang dari Malaysia untuk membiayai serangan itu. Akhbar itu memetik seorang warganegara Malaysia sebagai berkata pembiaya berkenaan mengirim kepadanya US$20,000 seminggu untuk menyokong operasi MNLF di Zamboanga City yang bermula pada 9 Sept. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Siapalah mamat tu agaknya ya??? Adakah ianya hanya drama Umno sebagaimana dakwaan Tian Chua? Ataupun adakah beliau benar2 adalah pemimpin2 PR yang terlibat sebagaimana yang kita tahu beberapa orang pemimpin PR termasuk Tian Chua telah ke Manila sebaik sebelum serangan pengganas2 Sulu dilancarkan???


2 comments:

  1. ada perjanjian extradisi tak? jangan nanti bila dah dapat orangnya tak dapat hantar pula ke sana untuk dibicarakan. hehehehe

    ReplyDelete
  2. orgnya ada di msia.....tgh enjoy meliwatt....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.