22 Oct 2013

MUAR - Barisan Nasional (BN) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina selain meraih sokongan penuh pengundi Melayu untuk memastikan parti itu terus kekal memerintah negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang baru dipilih, Datuk Razali Ibrahim berkata BN tidak boleh mengetepikan sokongan pengundi kaum Cina dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada mereka untuk membina sebuah kerajaan yang kukuh.


"Kita tidak harus lupa pengundi Cina banyak membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 1999 apabila Umno, parti yang menunjangi BN berpecah ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Tetapi semasa pilihan raya umum baru-baru ini, mereka ambil kesempatan daripada perpecahan itu untuk menyokong pembangkang dengan harapan boleh mengubah kerajaan.

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita harus mengetepikan mereka kerana jika mahu terus berkuasa dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lama dah tak dengar mengenai usaha gigih untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina, tiba-tiba jer hari ni boleh dengar, ok jugak sebab jarang-jarang dengar, selalu yang kita dengar dalam tempoh pemilihan Umno ni pasal orang Melayu atau agenda bumiputra jer, untunglah orang cina sebab pemimpin Melayu Umno masih beri perhatian, pemimpin cina MCA sendiri buat 'dono' jer.

Mungkin orang2 Melayu jika mahukan lebih perhatian kena tiru macam orang cina, selesai jer pemilihan pucuk kepemimpin UMNO,  sokongan mereka pula yang ditagih. 

Nukilan klik sini.



Pastinya kenyataan Datuk Razali Ibrahim ada benarnya kerana daripada keputusan PRU2 lepas membabitkan Dato' Razali Ibrahim telah semakin merundun kerana dipercayai gara2 undi orang2 Cina telah beralih arah, sumber klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.