4 Oct 2013

Hishamuddin Diserang Sebab Pembangkang Mahu Pecah-belahkan Umno???

Bak kata Hishamuddin...Perspektif yang dilontarkan pembangkang berkaitan dirinya memang tidak menyebelahi beliau....

Apapun beliau telah berusaha sebaik mungkin...

Mungkin statusnya sebagai orang yang paling dipercayai DS Najib dalam melakukan tugasan2 sulit dan penting menyebabkan rakyaat gagal melihat apa yang tersirat....

Sebagai antara orang kepercayaan DS Najib, rancangan pembangkang/PR merosakkan reputasi beliau akan memudahkan mereka menyusun strategi untuk melemahkan DS Najib dan Umno. 


Testimoninya selama ini juga sememangnya hebat....Tidak menghairankan mengapa pembangkang/PR "perlu" menyisihkan beliau dari saf  kepimpinan Umno. Beliau telah menduduki kerusi exco pemuda sejak berusia awal 20an....Malah penglibatan dan sumbangannya dalam kerajaan juga tidak dapat dinafikan.... 

Tempoh 18 tahun berkidmat dalam kerajaan, sejak 1995. Beliau telah melalui begitu banyak onak dan duri banyak pengalaman yang telah beliau tempuhi;
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 hingga 18 Ogos 1997)
  • Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia(18 Ogos 1997 hingga Dis 1999)
  • Menteri Belia dan Sukan (14 Dis 1999 hingga 3 Mac 2004)
  • Menteri Pendidikan (30 Mac 2004 hungga 8 April 2009)
  • Menteri Dalam Negeri(10 April 2009 hngga 2013)
  • Menteri Pertahanan (2013 hingga kini)

Sebagai PM, DS Najib pastinya begitu sibuk dalam mengurus tadbir hal-ehwal negara. Mempunyai seorang "pembantu" yang boleh dipercayai 100% akan membolehkan DS Najib menumpukan sepenuh perhatian dalam tugasnya tanpa perlu berasa ragu dan bimbang kepada perpecahan dalaman.
"Kesilapan" Hishamuddin terutamanya ketika menjadi Menteri Dalam Negeri hanyalah kerana beliau begitu berhati2 untuk tidak memusnahkan negara terutamanya ketika mendepani serangan2 pembangkang yang telah menggunakan apa juga cara dan sebilangan rakyaat demi untuk memenuhi cita-cita mereka tidak kira walau apapun harganya. Suatu yang perlu didepani dengan halus, "bak menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berserak".

Sayangnya apabila mendepani cabaran yang melibatkan "tangan-tangan hitam" dan campur tangan kuasa2 besar dunia, terlalu banyak perkara yang tersirat tetapi tidak dapat beliau zahirkan sehingga akhirnya penyokong2 kerajaan melihat beliau sebagai seorang yang Menteri yang lemah. Perlu diingat provokasi2 pembangkang/PR yang jika tidak ditangani dengan baik di zaman IT ini di mana setiap berita boleh dihebahkan dalam sekelip mata, silap langkah pasti negara akan binasa.

Jestru jika kita menyelami perasaan dan pengorbanan beliau yang sanggup dicerca dan dicaci oleh rakyaat dan penyokong2 sendiri, tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein sebenarnya adalah seorang wira yang tidak didendang. 

Jestru sebagai blogger Pro kerajaan yang juga telah dinobatkan sebagai "wira yang tidak didendang" oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib kerana berjuang bukan untuk imbuhan dan untuk dikenali, adalah menjadi kewajipan untuk kita berdiri dibelakang Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam PAU 2013 ini.

Jangan termakan dek hasutan pembangkang/PR... Perlu diingat orang sehebat beliau pasti akan dialu-alukan jika dia mahu bersama pembangkang/PR. Jestru mengapa pula kita mahu membuang beliau???

Artikel dari blog mentor Bumiyang, klik sini.

4 comments:

  1. Orang orang Melayu sendiri tak kira dari UMNO atau tidak memang meluat dengan tindakan hishamudin ....Pembangkang jiga tumpang tuang minyak.....dan inilah hasilnya Hisham adan dapat undi atau tidak?Kalau ikut menyampah kami memang menyampah bukan denganhisham saja tapi dengan Najib sekali .....Tapi najib selamat lah kali ni sebab tak ada yang nak lawan dia .

    ReplyDelete
  2. Tuan, awak tak menegnali nhisham dari sejak dan sejak awal pembabitannya dlm politik sehingga kini. awak tak dapat menilai prestasinya dlm politik dan kerajaan. awak sekadar memuntahkan semula apa yg diberitahu tanpa analisis kritikal. in i pemilihan kepimpinan tertinggi umno maka awak kena lebih bertanggungjawab. biarlah saya simpulkan bahawa ramai ahli umno akar umbi sudah menolak hisham ni disebabkan daya kepimpinannya yg rendah. awak kata ini permainan pembangkang: ini adalah spin awak utk mengaleh perspektif negatif terhadap hisham. klu dia dah berkhidmat dgn cemerlang, kenapa perlu bersungguh2 ke sana ke mari berjumpa perwakilan samapi ponten sesi dewan rkayt yg penting masa pindaan pca nak diluluskan? hakikatnya dia dah mula kepanasan. tapi awak jgn risau dia akan menang pasal sepupu dia bantu. dan bukan tak pernah berlaku penipuan pengiraan undi dlm pemilihan umno!

    ReplyDelete
  3. Tuan bumi, apa yg tuan melalut ni? pls respect our intelligence la. klu pembangkang yg melontarkan persepsi negatif, apa yg hisham takutkan sangat? Pembangkang boleh mengundi dlm pemilihan umno ke? Atau Pembangkang boleh mempengaruhi perwakilan umno semudah itu ke? terima la hakikat, rata2 ahli umno yg hilang keyakinan terhadap hisham. pasal itu hisham kena berpaut pada sepupunya presiden parti, hisham kena bergantung kpd gandingan penyandang naib presiden sedia ada. terutama zahid yg dahulunya hisham dan budak2 dia perlekehkan krn tak pandai berbahasa inggeris maka tak layak jadi PM. hisham kena harap pada blogger2 mcm awak yg tak mengenalinya dgn mendalam berbanding kami2 ni yg bersamanya sejak mula beliau bertanding exco pemuda pada tahun 1993 becakap pun tak reti. banyak lagi la kelemahan hisham yg boleh disenaraikan demi keadilan kpd pembaca blog tuan. hanya satu je la saya sebut pasal tulisan tuan terlalu mengagungkan hisham mcm dewata: lupa ke kenyataan dia masa insiden lahad datu? kononnya penceroboh sulu tu bukan pengganas tapi mereka menziarah saudara mara? lupa ke? ntah2 itu antara penyebab dua org anggota vat69 terbunuh, dek kerana menteri kdn masa itu yg incompetent (lemah, gagal)!

    ReplyDelete
  4. Kita tidak boleh melindungi pemimpin...
    Kita kena bawa pemimpin yg melindungi kita!
    Tak payah la nak kempen-kempen...
    Yang baik itu akan pergi dgn sendirinya

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.