24 Oct 2013

Gempar!!! Kejadian Amuk di Gombak - 4 Ditikam, 2 Maut!!!

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam insiden pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika mengesahkan perkara itu berkata, jarak antara dua kejadian terbabit adalah kira-kira tiga kilometer.

"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Komen Isac;

Orang Malaysia pun ramai yang dah gila....

Gila nak kaya, gila nak terkenal, gila duit, gila harta, gilakan bini orang dll....sampailah ke gila nak jadi PM, sampai sanggup buat apa sahaja termasuklah menggadaikan agama, bangsa dan negara!!!

Lagi artikel yang berkaitan klik sini.

1 comment:

  1. Si mamat nie gian demo Bersih 4 tak jadi. Dia tak tahan nak belasah pasokan polis. Bila dah naik "sheh" dia pun "zing" gi rinda hantam sapa2. Kesian. Boleh lah si Latifah Toyo atau Surendramm jadi peguam bela.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.