22 Sept 2013

Tak Pedulikan Nasihat Karpal - DAP Bapak Guan Eng Yang Punya???

AIDCnews – 21/09/13 – Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos berkata pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Ahad depan juga tidak sah kerana ia bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurutnya, pemilihan semula CEC parti seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan parti dan bukannya pada Kongres Khas pada 29 September ini seperti yang dirancangkan itu.

Ini kerana, katanya undang-undang tubuh parti itu menetapkan pemilihan CEC tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis lain.

Menurut perlembagaan DAP, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8, menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti. 

Maka cadangan Karpal Singh selaku pengerusi yang mahu pemilihan diadakan pada November 2013 lebih tepat dengan cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkeras mahukan 29 September.

Menurut Tunku Aziz, DAP seharusnya serik dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC Disember tahun lalu diadakan semula, jika tidak mahu perkara yang sama berulang dan bakal menyaksikan pendaftaran parti itu terbatal.

“Ini bagi membolehkan tempoh masa minimum 10 minggu diberikan. Jadi jelas, mereka ini tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang. 


Komen Isac:

Nampaknya Guan Eng seperti beriaya-iya mahukan supaya ROS "mengharamkan" parti itu.

Tak tahulah samada kerana dia sememangnya mempunyai maksud yang tersirat ataupun sememangnya bodoh...

Nasihat Karpal yang sememangnya arif dengan selok-belok perundangan negara dan undang2 parti pun tak mahu didengarnya.

Sember klik sini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.