30 Sept 2013

Penyerang Liverpool Luis Suarez Memeluk Islam???

SELEPAS menghabiskan tempoh digantung 10 perlawanan kerana bergaduh dengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada April lalu, penyerang Liverpool Luis Suarez nyata mempamerkan aksi cemerlang ketika pertemuan menentang Sunderland awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Ini kerana, dua gol yang dijaringkan beliau berjaya membantu Liverpool untuk menewaskan The Black Cats 3-0 di Stadium Of Light.

Keputusan tersebut membolehkan Liverpool melonjak ke tangga kedua liga dengan mengutip 13 mata - dua mata di belakang Arsenal.

“Dia memperoleh hadiah daripada kerja kerasnya sepanjang berada di luar padang," kata pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

“Dia dan Daniel Sturridge menguasai barisan depan dengan hebat, mereka berganding amat baik," katanya

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Itu penulis X pasti...

Tetapi ketika meraikan jaringannya ketika mengalahkan Sunderland 3-0 di Stadium Of Light beliau beliau kelihatan seperti bersujud seperti mana pemain2 bola beragama Islam yang meraikan jaringan/kemenangan mereka.

Apapun adakah beliau hanya sekadar mencium padang bola ataupun benar2 bersujud syukur tidaklah penulis dapat pastikan sebab penulis tidak menonton perlawanan tersebut.

Jika beliau beragama Islam sekalipun ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ramai pemain2 bolasepak di Eropah beragama Islam terutama yang berasal dari Turki, Perancis, Jerman, Morocco, Afrika dan negara2 Arab dan kebanyakkan mereka ini iaitu warga Eropah sebenarnya berasal daripada negara2 tanah jajahan penjajah2 Eropah suatu ketika dahulu.

Apapun penyerang Manchester United seorang warga Belanda iaitu Van Parsie yang mengahwini seorang wanita Morocco dan mempunyai dua orang anak tidak mengaku memeluk agama Islam.

Dengan pluralisasi agama yang semakin diterima diseluruh dunia sehinggakan di Malaysia pun ada pihak2 yang cuba untuk menyebarkannya....Apa yang mahu dihairankan???

Jestru mempertahankan kalimah Allah adalah sesuatu yang begitu penting untuk mencegah pluralisasi agama ini terus bermaharajalela.....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.