4 Sept 2013

Mampoihhh Petrol Naik Lagi Hari ni???




Giliran harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara pula naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Nasib baik bukan Ron 95 yang naik lagi... Kalau tidak.... Harus ada yang kena turun macam Pak Lah dulu....

Walaupun penulis bersetuju bahawa kerajaan tidak boleh selamanya memberikan subsidi tetapi kerajaan juga perlu sedar bahawa mereka perlu melakukannya dengan berhati2 kerana tersilap langkah pasti membawa padah.

Mungkin penasihat2 PM wajar mempertimbangkan semula strategi2 yang perlu mereka ambil dan bukannya bagai sokong yang membawa rebah...

1 comment:

  1. Rancangan Malaysia Ke-9 harus memulakan usaha menghapuskan secara berperingkat-peringkat mentaliti subsidi dan gantikannya dengan sistem meritokrasi yang bersama dengan factor keperluan sosial, mencipta “towering Malaysians” dalam semua bidang usaha manusia supaya lebih ramai Vijay Singh yang berjaya sebagai pemain gof terbaik di dunia dapat dihasilkan di Malaysia
    - Lim kit siang

    http://www.limkitsiang.com/archive/2005/mar05/lks3393.htm

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.