7 Sept 2013

Kali Terakhir Ron 95 Dinaikkan Pada 2008???

Seingat penulis Ron 95 pernah dinaikkan sehingga 40 sen pada sekali kenaikkan di zaman Pak Lah

Kenaikkan tersebut bukan sahaja telah menyebabkan ketidak puashatian rakyaat akibat kesan kenaikkan harga barangan keperluan malah hampir megakibatkan kerajaan BN kecundang dalam PRU 12.

Walaupun harga petrol telah diturunkan semula kepada harga yang asal tetapi harga barangan keperluan dan perkhidmatan kekal dan tidak turun semula.

Kerajaan BN perlulah mengambil kira pengajaran ini. Teori Domino yang mengakibatkan semua harga barangan keperluan naik begitu juga dengan kenaikan kos perkhidmatan setiap kali harga minyak dan diesel dinaikkan sewajarnya dikaji dan diperhalusi.

Ya, harga Ron 97 telah kekal sejak 4 tahun yang lalu....Sedangkan inflasi juga tetap naik pada tahap 4% setahun. Makaudnya secara keseluruhan inflaai telah meningkat aekurang2 nya 14% sejak 4 tahun dahulu. Ekonomi perlu berkembang tetapi kerajaan perlulah menjadikan kenaikkan petrol dan diesel sebagai pilihan terakhir.  Banyak lagi penambah-baikan boleh diambil untuk meningkatkan perolehan kerajaan juga mengoptimakan pendapatan.  Ini boleh dilakukan seperti menyekat keririsan dalam pengaggihan subsidi dan penjualan barangan bersubsidi kepada bukan sasaran, mempastikan cukai2 sesiada dibayar dll.

Kerajaan perlu dilihat membela rakyaat dan bukanya mengambil jalan mudah menaikkan harga minyak dan cukai pendapatan setiap kali kerajaan mengalami defesit. Perlu juga dilihat sebagai telah berusaha bersungguh2 menggunakan alternatif lain agar rakyaat tidak dengan mudah dihasut oleh PR.

Sekarang ini majoriti pengundi2 bandar terutamanya kaum Cina lebih cenderung kepada PR begitu juga dengan kelas menengah Melayu. Jestru jika kenaikan harga barangan menjadi tidak terkawal sehingga menghimpit masyarakat bawahan dan org2 kampung siapa lagikan yang akan tinggal untuk mengundi BN?

1 comment:

  1. Minyak naik kita tidak kisah kerana ramai berpendapat untuk mengimbangi ekonomi yang sedang meleset. Tapai yang rakyat kisaha khas puak umno adalah janji PM di mukasurat hadapan untusan malaysia " jika BN menang , kita berjanji tahun 2013 tidak ada kenaikan harga minyak. tetiba bagaikan halilintar , punasihat yang memandu najib menyarankan supaya subsidi dikurang cara nya naikkan harga minyak .

    Jadi , apakah najib ingin melayu tidak lagi menyokong umno dalam pru14 atau ianya disengajakan sobotaj oleh pemandu-pemandu najib yang sepatutnya dipandu oleh najib.. jadi siapa pemandu dan siapa yang dipandu

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.