3 Aug 2013

Tolak 753 Perwakilan India Dalam Pemilihan CEC dan Lantik Zairil Bukti DAP Bukan Parti Multi Racial!!!

Mynewshub – Kes penipuan dalam pemilihan CEC DAP mencatatkan sejarah menarik dalam politik Malaysia. Sebuah parti pembangkang yang begitu lantang melaungkan ketelusan dan keterbukaan serta sering menghentam kerajaan kerana korup dan sebagainya kini terpahat sebagai parti paling hipokrit dan penipu tegar.

Melalui penipuan ini juga terbukti kini bahawa DAP adalah parti paling rasis. Ini kerana siasatan mendapati bahawa DAP telah dengan sengaja tidak menghantar notis kepada 753 orang ahli dari kaum India yang layak menjadi perwakilan. Selain itu, pengiraan semula yang dibuat pula membuktikan berlakunya manipulasi di mana DAP dengan sengaja memenangkan Zairil Khir Johari setelah pengiraan awal menyaksikan tiada langsung wakil dari kaum Melayu terpilih.

Namun, cubaan DAP untuk mengaburi sikap rasis mereka melalui perlantikan Zairil hanya menyebabkan sikap tersebut semakin terserlah kerana Zairil bukan Melayu tetapi Cina. Kenapakah seorang Cina yang diangkat dan diumumkan sebagai ‘wakil Melayu’ melainkan kerana DAP terlalu rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu dalam barisan kepimpinan parti itu?

Tidak cukup dengan tidak telus, menipu dan rasis, DAP juga kini terbukti sebagai kejam apabila menolak keputusan ROS agar diadakan pemilihan semula.

Sudah tentu sekali DAP tidak sanggup mengadakan pemilihan semula kerana ia akan bermakna mereka terpaksa menjemput 753 orang perwakilan India yang telah diketepikan sebelum ini. Ini juga bermakna mereka perlu menghadapi kemungkinan Zairil mendapat undi corot sekali lagi sepertimana pengiraan awal. Malah, ia mungkin menyebabkan kedudukan Guan Eng dan kroni serta kuncunya terpelanting.


Komen Isac:

Parti yang mengamalkan Nepotisma untuk keluarga "Lim" dan keluarga "Karpal"???

Benar atau tidak, tetapi itulah yang dapat kita lihat...

2 comments:

  1. ** Mana ada tipu**.....famous and ONLY statement by ...tokong.

    ReplyDelete
  2. pemilihan macam haram jadah..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.