23 Aug 2013

Siapa Pembunuh Altantunya dan Adakah Anwar Ibrahim Benar2 Meliwat Saiful???

Pembangkang PASTINYA akan kembali bernyawa MENGGUNAKAN ISU INI, setelah Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan untuk membebaskan 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari dakwaan membunuh Altantunya Shaariibu.

Isu ini pasti akan dijaja dalam siri ceramah pembangkang pada saban malam dan siang. Mempersoalkan keputusan Mahkamah dan akan dijadikan sebagai modal untuk mereka mengaitkannya Perdana Menteri, atas alasan hanya "orang politik yang berkuasa" sahaja yang mampu untuk "mengubah" keputusan mahkamah ataupun mempengaruhi hakim2.

Kononnya wujudnya konspirasi, ada arahan dari PM/Rosmah, itulah, inilah dan sebagainya.  Menipu memang kepakaran mereka, kalau rayuan hukuman ditolak sekali pun pasti pembangkang akan ada alasan lain untuk mempolitikkan perkara tersebut, jadi usahlah terkejut.

Apapun, panel hakim Mahkamah Rayuan yang jauh berpengalaman itu sudah pasti mempunyai segala sebab dan alasan mengapa keputusan tersebut diambil. 

Buat penyokong2 pembangkang, dahulu ketika Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat walaupun telah dijumpai air mani Anwar di dalam dubor Saiful Bukhari, mengapa mereka boleh bersorak dan bergembira meraikan keputusan tersebut?

Berbanding dengan pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul ini yang lebih bersifat circumstancial evidence (bukti berdasarkan keadaan) semata-mata kerana tidak ada senjata pembunuhan ditemui, motif dan sebagainya, kes Anwar kalau nak diikutkan jauh lebih kukuh tapi dia masih bebas jugak, kenapa tidak ada sesiapa nak mempersoalkan keputusan tersebut? Anwar bukannya ada kuasa untuk mempengaruhi keputusan Hakim, dia bukannya PM... Seorang hakim akan menolak menjatuhkan seseorang itu bersalah jika ada keraguan terhadap satu2 bukti dan kesakian yang dikemukakan. Jestru jika anda boleh merimanya di dalam kes Anwar mengapa lain pula halnya dalam kes ini???

Malah jika Anwar benar2 tidak bersalah mengapa beliau cuba untuk melengahkan-lengahkan kes rayuan Liwat II ??? Tidakah ini akan membuatkan kita terfikir adakah beliau sememangnya bersalah dan Mahkamah telah terkhilaf ketika membebaskan beliau?

Kes pembunuhan Altantunya tiada kaitan dengan DS Najib kerana isu utama yang cuba dikaitkan pembangkang antara Najib dengan Altantunya iaitu ’skandal’ pembelian Scorpene telah dibuktikan sebagai tidak berasas sama sekali kerana Najib tidak pernah mengenali Altantunya dan Alantunya juga tidak terlibat dalam proses pembelian Scorpane.

Malah Antantunya juga hanya mengenali Razak Baginda pada 2004 sedangkan perjanjian jual beli Scorpene telah selesai sejak 2002 lagi!!

Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim pasti tidak akan berdiam diri dan akan mencari akal luntuk "menghidupkan" semula isu ini!!!
 
Cuma pertanyaan penulis jika proses rayuan terhadap kes "Liwat II" nya sebelum ini ditangguhkan atas alasan Karpal masuk hospital, apa pula selepas ni??? 

Sumber klik sini.

1 comment:

  1. Pointing my finger to AG.

    He has an attitude of playing politics and pleasing his political masters then being steadfast to his work.

    He has got Patel in his blood so ampu mengampu and pusing memusing is only expected.

    Musa Safri's statement to the police showed there was no najib involvement and it was a miscommunication.

    Sirul and Azilah are UTK trained to kill upon instruction without asking. One will not expect any motive simply because they themselves do not know why?

    One can suspect that Gani Patail had wanted to please the boss then Pak Lah who was under pressure to resign. Most likelihood Khairy had got to him and proposed the idea of fixing Najib.

    Gani created controversy on Najib by not putting Musa Safri on the stand, botch the case against razak to get him acquited early, etc.

    Heard Gani wants to appeal but it is not for anything else but for play acting. He is now helping the revival of Pak Lah's faction.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.