21 Aug 2013

Isteri Yang Diliwat Suami Perlu Melaporkan Kepada Pihak Berkuasa!!!


Bukit Mertajam: Seorang wanita membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tabiat pelik suaminya memilih ‘jalan belakang’ atau luar tabii setiap kali ketika mereka melakukan hubungan seks.

Jururawat berusia 30 tahun di hospital swasta itu mendakwa diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 31 tahun sejak tahun lalu, tetapi enggan membuat laporan kerana mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kejadian terbaru 14 Ogos lalu, dia hilang sabar lalu membuat laporan polis.

Jurucakap polis berkata, mangsa bertegas mahu meneruskan kes berkenaan kerana tidak sanggup lagi menanggung kesakitan.

Mangsa juga mendakwa suaminya memperlakukan demikian dua kali pada tahun lalu tetapi ketika itu tidak membuat laporan polis kerana mahu mempertahankan rumah tangga mereka,.Berikutan laporan dibuat mangsa, polis menahan suaminya. Sumber klik sini.


Komen Isac:

Bukan sahaja undang2 Syariah, malah undang2 civil di Malaysia juga melarang seks luar tabii ini dilakukan walaupun terhadap isteri yang sah.

Ini mungkin disebabkan sisuami telah dipengaruhi kerana menonton video2 seks dan juga pengaruh LGBT.




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.