31 Jul 2013

Pemilihan Kepimpinan DAP dan PKR Diseliputi Penipuan - Apa Kata BERSIH???

Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.

Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik. Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan.
ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.

Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional. Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus. Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.

Untuk itu, DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya.

Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus. Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Malah jika pembaca2 masih ingat... Pemilihan pucuk pimpinan PKR dahulu pun penuh dengan kekecohan... Bergaduh...Baling kerusi..pengundi2 hantu...Mengundi lebih sekali... Malah selain mengundi lebih sekali... Jumlah yang keluar mengundi cuma 10% berbanding bilangan ahli yang didakwa sekitar 400 ribu orang...

Bersih yang "kotor" dan penipu....

2 comments:

  1. APA SUSAH...
    NAK TUTP KELEMAHAN DIRI, TUDUH ORANG DULU...
    ITULAH TAKTIK DAP.
    KATA ORANG TIPU, DIA YANG SEBENARNYA MENIPU !!

    ReplyDelete
  2. RUMAH SIAPA PALING KOTOR. ??

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.