5 Jul 2013

Barat Hanya Gunakan Ikhwanul Muslimin Untuk Jatuhkan Hosni Mubarak - Sejarah Berulang???

Rampasan Kuasa Tentera Gulingkan Presiden Morsi


AIDCNews – 04/07/13 – Tentera Mesir telah menggulingkan presiden negara dipilih rakyat, Mohamed Morsi dalam satu rampasan kuasa penuh pada pukul 7 malam, semalam, lapor guardian.

Pada awal petang semalam, seorang pembantu presiden memberitahu Guardian bahawa Morsi masih bebas, namun pada lewat malam Rabu jurucakap Ikhwan Muslimin berkata Morsi ditahan oleh pihak berkuasa di lokasi yang tidak diketahui. Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Penulis pernah diberitahu oleh seorang ustaz yang mengajar ketika di bangku sekolah dahulu iaitu sekitar 80an.... Anwar Sadat pernah menggunakan angota2 Ikhanul Muslimin untuk mengalahkan  tentera Israel dalam "Perang Arab Israel" sekitar tahun 60an.

Selepas mencapai kemenangan, anggota2 Ikhwanul Muslimin telah ditangkap dipenjarakan dan ada yang "dihilangkan'... 

Akibatnya peperangan selepas itu, dengan kuasa Allah s.w.t. tentera2 persekutuan Arab tidak lagi berjaya menewaskan Israel sebaliknya banyak wilayah2 mereka yang ditakluki Israel hingga sekarang.

Kini sejarah berulang....

Barat membantu rakyaat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak yang talah berkuasa sejak lebih 30 tahun yang lalu. Samada disengajakan ataupun tidak Ikhwanul Muslimin sama2 menyumbang ke arah itu. 

Kini apabila telah "mencapai kemenangan" menjatuhkan Hosni, Ikhwanul Muslimin sekali lagi disingkirkan.

Penulis agak keliru apabila perkara ini berlaku dahulu. Bagaimana mungkin US dan Barat seolah2 menyokong Ikhwanul Muslimin...

Kini segalanya jelas....Ikhwanul Muslimin sekali lagi terpedaya....


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.