3 May 2013

PKR - Melayu Yang Dengki Kejayaan Bangsa Melayu...


Tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 



Namun, Syed Mokhtar yang banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar. 

Calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai itu mengulangi tindakan DAP apabila mempertikaikan kejayaan Syed Mokhtar dalam pelbagai bidang ekonomi di negara ini. 

"Sekarang sebahagian besar duit kita ini diguna untuk kroni. Daripada gula yang kita minum dengan kopi, bagi dekat kroni Syed Mokhtar," katanya ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 penyokong pembangkang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang Lama di sini malam tadi. 

Nurul Izzah juga seolah-olah cemburu dengan pencapaian Syed Mokhtar apabila mengaitkan syarikat-syarikat milik usahawan bumiputera itu seperti Malakoff Corporation Bhd., DRB-Hicom Bhd. dan MMC Corporation Bhd. dengan amalan kronisme. 

Anak perempuan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mungkin terlupa Syed Mokhtar banyak membantu golongan kurang berkemampuan menerusi Yayasan Al-Bukhary dan Kompleks Al-Bukhary di Alor Setar, Kedah. 

Selain itu, Syed Mokhtar membantu ramai pelajar miskin yang cerdik daripada negara-negara yang umat Islam adalah kumpulan minoriti melalui program Biasiswa Al-Bukhary. 

Muzium Kesenian Islam yang dikendalikan oleh Yayasan Al-Bukhary memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan seni dan budaya Islam malah Syed Mokhtar turut menyumbang kepada pembinaan berpuluh-puluh masjid di Malaysia. 

1 comment:

  1. Saya menerima risalah propa PKR diedarkan ke rumah, cetakan berkualiti tinggi, macam-macam risalah menunjukkan mereka memakai wang yang banyak untk kempen. Dari mana datang wang banyak mengalahkan BN?

    Risalah perkauman dan anti Syed Mokhtar Al-Bukhari sengaja dicetak dlm bahasa Cina dan Melayu supaya bangsa CINA ultra racist dan bencikan Melayu melalui Syed Mokhtar.

    Paling jahat risalh PKR highlight kan ROTO GARDENIA sbg bukti kronism UMNO? apakah jenis khianat PKR ini, tergamak fitnah jahat, roti itu bisnes, dn milik org Islam, hak masing2 untuk beli dan apa kaitan pemilikan Gardenia dgn rasuah?

    PKR tidak pula selak masuk penguasaan taikon2 Cina DAP dlm ekonomi Malaysia?

    Inilah bangsa pengkhianat Pakatan Rakyat yg akan dilaknat Allah Ta'ala.

    Mereka berkerja untuk iblis dan syaitan.. bukan untuk kebaikan!

    TUMBANGLAH PKR PAKATAN RAKYAT! Aminn

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.