10 May 2013

Perebutan Kerusi MB Selangor - Wajib Milik PKR dan Bukan Khalid Ibrahim???


Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.
Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.
 
Sumber klik sini.
 
 
Komen Isac;
 
Dengar khabar jikapun kerusi tersebut menjadi milik PKR, sebahagian ADUN mereka akan keluar parti jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih dikekalkan.
 
Payah betul...
 
Walaupun pucuk pimpinan Pas dan DAP telah merestui kerusi tersebut milik PKR walaupun bilangan ADUN mereka paling sedikit...
 
Tetapi, ada pulak yang mahu sabotai....
 
Inilah perti yang kononnya memperjuangkan kepentingan Rakyaat!!!
 
PKR sendiri ada dua kem.
 
Wan Azizah dan Azmin.
 

 

3 comments:

  1. Kami tinggal di Shah Alam...Selangor is GONE!!!!!!!!!! I don't care a damn WHO the SHIT the MB is...He will be under the DAPigs!!!!

    ReplyDelete
  2. Khalid kena jadi MB sebab banyak kes saman dia nak kena jawab...
    Kalu Assmin jadi MB, PKR akan lepas tangan..kes saman ditongsampahkan...
    Kita kena sokong SiGagap jadi MB

    HIDUP KHALID

    ReplyDelete
  3. macam TIGA BUJANG LAPOK bahagi harta lanun, satu untuk kau satu dua untuk aku last si ramli masuk campur..tapi sampai bila..nak bahagi harta rampasan itu...kesian berebut sibiji epal..jgn tunggu lama nanti busuk...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.