7 May 2013

MCA dan Gerakan Wajar Serah Kerusi Yang Mereka Kalah Kepada Umno???


KUALA LUMPUR - Umno kekal tonggak Barisan Nasional (BN) apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan itu pada pilihan raya umum ke-13.



Umno menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN. Umno bertanding 120 kerusi kali ini. 

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.


Komen Isac;

Jika dilihatkan kepada kekuatan Umno telah kembali... Demi survival BN tajuk di atas adalah wajar...

Pastikan kawasan majoriti Melayu yang diberikan kepada MCA atau Gerakan dikembalikan kepada orang Melayu. Ada 151 kawasan majoriti Melayu/Islam di Malaysia yang WAJIB diletakkan calon UMNO sepenuhnya di PRU akan datang. 

Tiada lagi alasan konon 'kongsi kuasa' atau 'kesepakatan' bla..bla..bla..kerana jelas yang MCA dan Gerakan memang ditolak oleh kaum Cina. Biar saja MCA dan Gerakan bertanding 1 lawan 1 dengan DAP di 45 kawasan majoriti Cina, tak perlu masuk campur kawasan Melayu. Sebagai tambahan pemimpin2 MCA dan Gerakkan juga boleh dilantik menjadi Senator...

Sebahagian artikel ini dinukil dari sini.

6 comments:

  1. MCA dan Gerakan wajar serah kerusi yang mereka kalah kepada UMNO, dan

    MCA dan Gerakan wajar isi dan serah borang KELUAR PARTI dari Barisan Nasional, dan

    MCA dan Gerakan wajar isi dan serah borang masuk ahli DAP

    ReplyDelete
  2. Penyokong BN belum layak mengundi :)7 May 2013 at 17:41

    Salam Bro.

    UMNO menang 88 kerusi je, bukan 109. Yang lebihnya dimenangi PBB (14), MCA (7), PRS (6), MIC, SPDP,PBS (masing-masing 4), UPKO (3), Gerakan, SUPP, PBRS (masing-masing 1). Jumlahnya- 133. Get your facts right.

    Geli hati pulak aku tengok sokongan PBB lebih besar daripada gabungan Cina seluruh Malaysia [MCA+Gerakan=8]. SUPP (lebih kurang MCA bagi Sarawak) pun dah kalah teruk, kerusi Serian sahaja yang selamat. Itupun calonnya bukan Cina (Datuk Richard Riot). PRS pulak selamat daripada permainan SWP (yang kononnya mesra BN tapi sebenarnya anti-PRS). SPDP- no komen.

    Satu lagi, 151 kerusi tu kalau ada yang di Sarawak, rasanya elok diberi kepada PBB, SPDP dan PRS sebab dah terbukti sokongan orang Bumiputera tak berbelah bahagi kepada tiga parti ini [PBB+SPDP+PRS= 25 kerusi]. Tanpa PBB, SPDP dan PRS, BN akan hilang majoriti, sekali gus Al-Jubs akan jadi PM. [133-25=108]

    *Saja nak kata, Sarawak memang Fixed Deposit BN. Terbukti pun. 25 kerusi licin disapu. Parlimen aku, P219 Miri dah kena rampas dek Al-Jubs oleh Doktor 'Gugur Anak'... Periksalah sendiri kalau nak tahu sapa doktor gugur anak tu... Cuma majoriti dia dalam 1000 orang je, tipis...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Benar cadangan di ini, bagi semua kerusi parlimen dan dun, mana-mana kerusi melayu; letak wakil melayu. Pemimpin MCA dan Gerakan dan MIC boleh dilantik senator kemudian menjadi menteri dalam kabinet.

    Ini cadangan bernas dan tepat. Ayuh BN.

    ReplyDelete
  4. bukan wajar wajib....tak payah nak mintak ehsann undi melayu.satu lawan satu dengan DAPIGS

    ReplyDelete
  5. SETUJU...CINA TAK PERLU MARAH PADA UMNO JIKA UMNO AMIK BALIK KERUSI MAJORITI MELAYU DARI MCA DAN GERAKAN KERANA CINA SENDIRI TOLAK KEDUA-DUA PARTI ITU..

    NI TANAH MELAYU MAJORITI MELAYU...NO MORE KONGSI KUASA!!!

    gen2felda

    ReplyDelete
  6. bro umno menang 88 kerusi parlimen di semenanjung...dan selebihnya 21 kerusi Umno menang di sabah..jadilah 109 kerusi

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.