13 May 2013

Ludah Jika Sesiapa Ajak Pas Bersatu Dengan Umno???

Agama mana yang mengajar ni???

Jika boleh penulis sebenarnya X mahu menyentuh perkara2 yang berkaitan dengan TG Nik Aziz...

Tapi demi agama, bangsa dan negara terpaksa jugalah nampaknya...

Apapun X payahlah kita nak menyumpah seranah....

Walaupun ilmu dan amalannya lebih banyak daripada kita semua...

Tapi penulis percaya pendekatannya dalam isu perpaduan Islam/Melayu adalah menyalah amalan/syariat Islam...

Mudah2an Allah s.w.t. memberikan kita semua petunjuk dan hidayah.

4 comments:

  1. TAK SANGKA DENDAM TOK GURU AL MURSYIDUL PAS BEGITU SEKALI.......
    SUNGGUH TAK KU SANGKA.
    WAL HAL ISLAM SURUH BERBAIKK BAIK DAN BERMAAF MAAFAN.
    MUNGKIN TOK GURU DAH LUPA APA ISLAM AJAR KOT !.........BERBAIKK DENGAN kafir, bermusuhan DENGAN SESAMA Islam.....!

    ReplyDelete
  2. Pandangan saya, dalam keadaan ini beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO drpd Melayu kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini
    Persoalannya beranikah UMNO melakukan perubahan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sahabat,

      Sejak dahulu Umno sememangnya terbuka kepada orang Islam yang mengamalkan budaya dan berbahasa Melayu. Sebab tulah Arab, India, Cina, Kaukasian dll anak2 mereka terutamanya yang berkahwin dengan bumiputera/Melayu diterima sebagai Melayu.

      Malah pegawai2 tinggi bukan Melayu yang memeluk Islam dilihat lebih gemar menggunakan nama Islam kerana mereka biasanya lebih mudah diterima dikalangan orang2 Melayu dan lebih mudah dalam proses kenaikkan pangkat.

      Lihat sahaja Prof Madya Dr. Ridwan Tee Abdullah, beliau dilihat lebih "Melayu/Islam" apabila memperjuangkan hak Melayu/Islam.

      Menubuhkan Majlis Syura memang idea yang baik... Bahkan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengambil peranan ini. Bertujuan untuk menasihati kerajaan dalam isu2 hokum-hakam.

      Dalam bidang pentdbiran harian lebih baik kita serahkan kepada mereka yang lebih arif. Malah itulah juga saranan Islam. Meletakkan sesuatu ditempatnya.

      Memartabatkan hudud, sewajarnya ianya diterima oleh semua. Kita sudah jalankan hampir 90% hokum Islam. Takzir berdasarkan qarinah oleh Mahkamah Syariah malah undang2 civil dan pentadbiran Negara yang lain juga sememangnya selari dengan Islam. Undang2 Hudud bukan banyak pun... Malah kebanyakkan daripadanya tidak boleh dilaksanakan atas faktor2 teknikal yang akhirnya akan menjurus kepada perlaksanaan hukuman Takzir. Jadi apa salahnya Hudud di masukkan ke dalam undang2 Negara.

      Cuma dalam pemerhatian saya. Kita semua tidak ikhlas dalam memertabatkan hokum hudud. Sebagai contoh, hukuman minum arak berdasarkan Takzir ke atas seorang Model di Kuantan sedikit masa dahulupun X dapat dijalankan kerana tiada tukang sebat. Pelik bukan setelah sekian lama hukuman Takzir diwartakan sebagai hukuman Mahkamah Syariah, tetapi kita tiada tukang sebat berdasarkan hokum Syarie.

      Apa pun kita perlu memulakan langkah pertama.

      Delete
  3. Tok Guru dah nyanyuk barangkali, sebab tu Tuanku pun tak beri jawatan MB kepada Tok Guru lagi...Wahai Tok Guru, nas mana yang Tok Guru guna tu? nas fatwa Imam Besar Anwar Ibrahim Al-Juburi kah (meminjam gelaran diberi oleh Mah Sabu)...Jangan2 Tok Guru pun dah nak jadi gila jugak...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.