29 May 2013

Hakim Tarik Diri - Lagi Bukti Hakim di Malaysia Ikut Telunjuk UMNO???



PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini menarik diri daripada mengendalikan kes Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menghadapi tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei lalu. 

Hakim Rozina Ayob berkata, adalah lebih wajar jika seorang hakim lain mendengar perbicaraan itu kerana beliau mempunyai pertalian keluarga dengan tertuduh. 


Berikutan itu, kes itu dipindahkan ke mahkamah lain dan Hakim Ayatul Akmar kemudian menetapkan tarikh sebutan baru kes pada 26 Ogos ini.       

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Itu pun PR asyik menuduh Mahkamah Malaysia tidak telus dan bebas.

Hakim kita ada integriti... Tidak memihak. Jestru mana yang ada pertalian keluarga lebih baik bagi tahu siang2... Takut orang akan jadikan isu.

Ini tidak... Ada kes yang melibatkan pemimpin tertinggi PR, lepas dapat keputusan "bebas" dari pertuduhan, tup2 pendakwaraya jadi peguambela tertuduh pulak.... Mula lah orang akan ingat yang bukan2...

Kalau memenangkan mereka senyap... Kalau mereka kalah dan dihukum, kerajaan campur tangan...

Begitulah juga dengan SPR, bila calon mereka menang besar senyap...

Bila kalah tuduh yang bukan2....

Macam budak2...

Tak boleh menghadapi kekalahan dan kecundang!!!

1 comment:

  1. Gambar atas yang pakai bunga di tengkuk tu pengantin baru ka? Amboi member sendiri pun tak jemput ke majlis kau ya. Ingat ada ubi ada batas. He, he .

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.