13 May 2013

Gempar!!! Bukti Pengundi Hantu Filipina Dalam PRU 13???

Mengapalah Malaysian Insider hendak tunjukkan foto wanita Islam Filipina dalam artikel mereka yang berkaitan dengan Pasca PRU 13 hari ini ya??? 

Ianya agak mengelirukan sekali pandang, seolah2 seperti menunjukkan gadis/wanita Islam Filipina tersebut telah mengundi dalam PRU 13 yang lepas. Macam "Pengundi Hantu" pulak....


Sedangkan beliau sebenarnya mengundi dalam pilihan raya penggal pertengahan di kedutaan Filipina di Kuala Lumpur (13 Mei 2013). Anehnya artikel penuh berkaitan dengan foto tersebut  tiada dan ayatnya juga seperti tergantung,"Seorang wanita Muslim Filipina menunjukkan jari telunjuk dakwat kekal selepas mengundi dalam pilihan raya penggal pertengahan di kedutaan di Kuala Lumpur 13 Mei 2013. — Gambar Reuters".

Jika diperhatikan jari telunjuk gadis tersebut ditandakan dakwat kekal ditangan kanan, sedangkan pada PRU 13, dakwat kekal ditandakan pada jari telunjuk pengundi2 di tangan kiri.

Dakwat kekal digunakan dalam pilihanraya2 di negara2 kurang membangun yang data kerakyaatan dan pengundi2 nya tidak dikemas-kini dengan baik. Di Malaysia ianya digunakan atas desakan NGO "BERSIH".

Jari yang ditanda dengan dakwat kekal di negara2 yang mengamalkannya juga berbagai, ada pada jari telunjuk kanan, ibu jari dan sebagainya.







Di Iraq ditandakan di jari telunjuk tangan kanan.






Begitu juga di Mesir.









Dan Filipina.






1 comment:

  1. "Jika diperhatikan jari telunjuk gadis tersebut ditandakan dakwat kekal ditangan kanan, sedangkan pada PRU 13, dakwat kekal ditandakan pada jari telunjuk pengundi2 di tangan kanan."


    ..sedangkan pada PRU 13, dakwat kekal ditandakan pada jari telunjuk pengundi2 di tangan "KIRI".

    Sila perbetulkan...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.